Monday, July 30, 2012

Bila bersama family

0
     Lain sungguh rasanya bila duduk di perantauan bersama keluarga sendiri. Kalau di tanahair sendiri, ada ibu bapa, adik-beradik dan kawan-kawan yang selalu membantu tapi kat China nie, tak banyak tempat yang kita boleh mintak tolong. Susah dan senang sama-sama perlu dilalui. Ada masanya banyak benda menjadi mudah tapi ada tak selalunya begitu.

     Seronok rasanya bila rumah hiruk-pikuk dengan suara anak-anak. Walaupun pening, bising dan bersepah, semua tuh tidak ternilai rasanya jika dibandingkan dengan kehidupan yang sunyi seorang diri. Biasa kita dengar ada orang yang sunyi di tengah-tengah kesibukan kotaraya. Bukannya sunyi dari segi bahasa tapi sunyi dari segi makna. Samalah macam aku bila aku berjauhan dengan keluarga aku.

     Minggu nie kiranya dah lebih sebulan keluarga aku berada di China. Banyak jugak aku bawak keluarga aku berjalan-jalan sekitar radius 50km dari kawasan rumah. Bukan tak ada rancangan nak bawak jalan jauh-jauh sikit tapi cuaca sekarang terlalu panas untuk aktiviti luar. Takut pula anak-anak demam nanti. Mungkin selepas raya nie kot boleh plan jauh-jauh. Itupun kalau ada rezeki. InsyaAllah....

     Sekarang nie, wife aku dah pandai keluar membeli-belah seorang diri. Dah pandai tawar-menawar harga dan dah pandai kenal tempat makan yang sedap-sedap. Pandai wife aku menyesuaikan diri. Hari-hari wife aku akan masak untuk kami sekeluarga. Ada ketikanya, aku akan luangkan masa untuk makan-makan ais-krim pada malam hari-hari berkerja bersama keluarga. Sesuai sangatlah aktiviti tuh dengan musim panas nie. Keluar bersiar-siar dengan keluarga sambil menyejukkan badan. Hehehehe...

     Ada ketikanya, kami berduyun-duyun ke restoran arab yang bertaburan di sekitar Yiwu untuk menikmati juadah berbuka puasa di sana. Naik teksi, naik bas, naik tut-tut, naik beca....segala macam benda kami dah cuba. Hehehehe...bila balik ke rumah di malam hari, semua akan keletihan. Yang paling letih sekali ialah anak-anak. Bergelimpangan atas katil keletihan. Bila tengok keadaan macam tuh, selalunya membuatkan aku tersenyum sorang-sorang. Senyum sebab anak-anak aku membesar depan mata aku. Rasa terhibur sangat. Cukup banyak rezeki yang Dia bagi. Cuma aku sahaja yang selalu lupa untuk mensyukuri. MasyaAllah.

      Aku tak tahu akan berlaku di masa hadapan bahkan aku tak pasti apa akan berlaku pada hari esok. Aku ada perancangan aku sendiri namun perancangan Allah jualah yang lebih sempurna. Hari ini, aku akan ambil peluang sebaik-baiknya untuk cherish masa yang ada bersama keluarga aku. Berkongsi pengalaman, pendedahan dan pengetahuan bersama-sama. Berusaha menjauhi yang mungkar, mengamal yang ma'aruf, memenuhi tanggugjawab sebagai hamba dalam usaha mencari keredhaan Allah. Kehidupan ini sangat berliku, akhirat jua kekal abadi. Semoga kami tak tersasar dari jalan kebenaran.

Makin nakal jerk budak nie

Wife aku yang semakin cantik.

Mata Hafiz yang makin besar

Mama dan Husaini

Hazwan pun dah pandai pikul tanggungjawab jadi abang

Hadi dah pun dah start catch up pembelajaran formal

makan sama-sama

Makanan arab memang sedap

Saturday, July 28, 2012

Kita semuanya sama

2
     "......semua insan takdak beza kecuali taqwa. Bila kita muslim dan kita berada dalam kalangan orang kafir, kita kena zahirkan Islam kita supaya orang sekeliling tahu dan nampak. Jika tidak, sampai bila pun orang kafir tak tahu apa itu Islam...." - Yusoff, Jinhua -

     Aku mnyangkakan yang Ramadhan tahun nie bakal menyaksikan solat terawih aku kat dalam bilik sahaja tapi Allah Maha Kuasa apabila aku berpeluang bertemu dengan sebuah surau yang menjadi pusat perkembangan Islam di Jinhua nie. Gambar kat bawah nie aku ambil pada malam pertama Ramadhan. Sehingga hari ini, jumlah jemaah yang hadir masih sama banyak bahkan bertambah lagi. Sungguh bersemangat umat Islam kat sini dalam bab ibadat.


     Kalau daripada pembacaan dan cerita-cerita banyak mengatakan yang Islam di China ini dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Saad bin Abi Waqqas yang jugak merupakan bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Dikatakan jugak bahawa maqam beliau sekarang ini berada di Guangzhou, lebih kurang 2 jam perjalanan kapal terbang dari tempat aku nie. Sama ada berita ini betul atau salah, yang pastinya Islam telah dibawa memasuki negara China ini sejak dari zaman para sahabat lagi.

Bersama Imam Jinhua yang berada dua dari kanan.
   
     Aku jadi sayu bila mendengar ada orang membaca ayat-ayat suci Al-Quran disini. Dalam suasana yang lain dari kampung halaman sendiri, dikelilingi dengan orang-orang yang tak pandai berbahasa selain dari bahasa Cina, membuatkan orang yang membaca ayat-ayat suci Al-Quran itu sangat outstanding. Orang-orang disini tak pandai berbahasa lain apatah lagi membaca tapi apabila sampai kepada Al-Quran, umat Islam disini dapat membaca dengan lancar sekali. Sungguh aku kagum dan aku bangga dapat jadi orang Islam.

     Ramadhan dikalangan Cina Muslim dari Xinjiang, Lanzhou, Xi'an dan beberapa tempat lain disambut dengan meriah sekali. Orang-orang Cina memang suka makan bersama-sama jadinya, aktiviti berbuka puasa bersama-sama itu sangatlah menepati citarasa sanubari mereka. Mereka sangat suka berkumpul adik-beradik, handai-taulan, saudara-mara dan jiran-tetangga sambil makan-makan dan sembang-sembang bersama-sama. Aktiviti buka puasa pula adalah bonus yang nikmatnya telah dijanjikan Allah kepada orang-orang yang berpuasa. MasyaAllah....semua ini adalah fitrah seorang manusia. Hanya Islam yang mengembalikan fitrah itu kepada kita.

     Bulan puasa juga kita dianjurkan untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa. Jadinya, secara tak langsung aku dan rakan-rakan lain dijemput untuk satu majlis buka puasa oleh saudara kami, Yusoff yang memang memiliki sebuah restoran makanan muslim di Jinhua ini. Beberapa orang rakan ikut serta. Hadi, Hazwan dan Hafiz pun join jugak, Rasanya habis sebijik tembikai dikerjakan 3 orang budak tuh. Hahahaha...Alhamdulillah. Yusoff mengajak kami datang ke Xinjiang untuk makan tembikai sebesar 50kg yang banyak terdapat disana. Dia cakap, ada yang sampai 100kg sebijik tapi 50kg sebijik tuh memang common di Xinjiang. MasyaAllah, kagum aku.

     Walaupun bahasa kami berlainan, tapi Yusoff tak kekok memberikan bayan dan peringatan kepada kami. Yang ajaibnya, aku dan kawan-kawan memang tak paham bahasa cina tapi bila Yusoff nie bagi bayan dan peringatan, kami seolah-olah dapat memahaminya dengan mudah. Sungguh berkat orang seperti Yusoff nie, sesuatu yang aku saksikan sendiri dengan mata ini.

Kat depan restoran Yusoff dengan Hafiz

 Makan berjemaah bersama-sama jemaah. Yusoff yang memiliki janggut paling panjang sekali.

     Makanan yang disajikan adalah makanan tempatan orang-orang Cina Xinjiang. Yang hairannya, Hafiz makan banyak sangat. Suka betul dia dengan masakan orang Cina Xinjiang. Hazwan dan Hadi pun banyak sungguh makan tembikai. Hari ini merupakan hari bersejarah apabila Hazwan dan Hafiz beristinjak sahaja selepas membuang air besar, dikelolakan oleh anak dan isteri Yusoff. Terus Hazwan berenti makan kerana kurang selesa dengan pengalaman baru itu. Hehehehehe.....

Maksud Surah Al-Hujurat ayat 13.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
   

     Hari semalam baru aku mengerti ayat ini secara hakiki. Terima kasih Allah.

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan kali ini

0
     Esok hari adalah 1 Ramadhan di Jinhua. Esok pagi, InsyaAllah kami akan bersahur bersama-sama di Jinhua. Waktu subuh adalah 3.43pagi. Maknanya, kami perlu bangun lebih awal untuk mengejar pahala sahur. Tak tahulah sama ada boleh bangun ataupun tidak. Tapi, pengalaman aku pada tahun 2010 dahulu, asalkan kita mahu...InsyaAllah akan berlaku.

     Sekarang nie tak tahu la kenapa tapi rasa-rasanya, badan jadi cepat letih. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang panas kat sini kot ataupun mungkin sebab yang lain. Kita selalu dengar bahawa makanan dan persekitaran yang sihat akan menjadikan tubuh badan kita sihat. Aku rasa memang ada benarnya. Kat China nie, kualiti udaranya rendah. Kadang-kadang, kita tak cam sama ada pagi itu berkabus atau berjerebu. Sama sahaja dikebanyakkan masa. Kat sini, tenaga elektriknya dihasilkan dari arang batu yang berkualiti rendah. Sebab itulah banyak sangat asap memenuhi ruang udara di China nie. Jadinya, bila kita bernafas menggunakan udara yang tidak segar, badan kita pun jadi letih-letih. Aku rasa, itu juga antara punca badan aku selalu letih-letih kebelangan ini.

     Itu belum puasa lagi, tak tahulah macam mana pulak bila esok Ramadhan dah tiba. Hazwan pulak, sejak datang ke Jinhua nie, aku tengok selalu batuk-batuk. Memang obvious sangat batuknya tak kira siang ataupun malam. So, aku selalu cuba pastikan rumah aku sentiasa bersapu dan ber'mop' setiap pagi untuk mengurangkan habuk dalam rumah. Disamping itu, aku akan cuba pastikan jugak yang Hazwan akan makan madu lebah tiap-tiap hari untuk kesihatan tubuh badan dia. Kesian Hazwan.

Gambar Hazwan seminggu sebelum datang ke Jinhua. Masuk pertandingan nasyid Kemas, dapat nombor 3 rasanya..heheheh...macam-macam Hazwan nie.

Seminggu lepas duduk kat China, dapat plak basikal baru. Kayuh jangan tak kayuh

     Berdebar-debar menanti Ramadhan esok hari. Tak tahu apa akan terjadi pada ibadat kami. Berada di negara orang, roh Ramadhannya tidak terasa langsung. Takut nanti bila tiada roh, tiada pula kami berusaha mengejar kelebihan Ramadhan. Rugilah jikalau sebulan yang mulia ini kami biarkan bergitu sahaja. Ya Allah, semoga kami istiqomah dalam mengingati-Mu. Ampunilah kekurangan dan kelemahan kami ini. Berilah pertunjuk supaya kami mendapat keredhaan-Mu. Amin.  

Tuesday, July 17, 2012

Sì gè háizi...? Ni ming zheng hao....

1
     Sejak family aku datang ke China nie, terasa macam film star la plak kami sekeluarga.Mana tidaknya, kalau pi jalan ke mana-mana pun, confirm orang akan tgk kami atas ke bawah kemudian ke atas balik. Siap ada yang patah balik sebab nak kira jumlah anak kami. Naik segan plak rasanya bila jadi tumpuan orang ramai.

     Dekat China nie, dapat dua anak lelaki pun dah dikira sebagai sangat beruntung dalam hidup. Apatah lagi 4 orang anak lelaki. Depa banyak mengaitkan bilangan anak dengan kekayaan keluarga, padahal yang hakikinya semua itu pemberian Allah. Maka, Allah la yang kaya sebenarnya..bukan manusia. Subhanallah.

     
     Alhamdulillah, aku berada dikalangan orang-orang yang ramah kat China nie. Orang Yiwu dan orang Jinhua memang jenis yang ringan mulut untuk bertanya khabar atau apa sahaja. Jadinya, aku ada banyak script yang aku hafal hari-hari untuk mewujudkan perbualan. Selalunya, perbualan banyak berkisar kepada umur anak, umur aku dan wife, asal dari mana, nak anak lagi ka dan perkara yang sama waktu dengannya. In a way, aku juga belajar mendengar dan bercakap secara tak langsung. Good learning and good experience too.

Hafiz kat dalam bas. Hazwan tido kat belakang tuh

Mama pun ngantuk gak

     Sì gè háizi...? Ni ming zheng hao....( Empat orang anak...? awak memang sangat bertuah...) lebih kurang begitulah maksud cakapnya. Kalau nak direct translation kang boleh terkehel jugak serebrum kita. Hehehehehe...satu lagi, depa selalu tanya "semua nie dari satu isteri ka?" Soalan tuh macam pelik sikit tapi selalu ditanya oleh depa nie. Aku bagi jawapan yang betul saja la, mana ada jawapan lain lagi. Tapi aku memang curious sebab apa depa tanya macam tuh. Nanti aku siasat.

Selalunya Hafiz dan Husaini mendapat tumpuan yang lebih sket

Husaini pun satu, kalau dia nak kat orang lain..memang ada banyak baby sitter kat sini.

Asal berenti ja, confirm orang datang bertanya.

Tambah-tambah kalau berenti lama macam nie. Siap la script berjela-jela nanti.

Tiga hero dengan masing-masing berjaya dengan misinya.

     Penduduk Yiwu dan Jinhua masih lagi dikategorikan sebagai sedikit. Kalau kita pi ke Shanghai ka misalannya, orang sangatlah ramai dan sangatlah padat. Aku berhajat nak bawak family aku jalan-jalan kat Shanghai tapi dalam masa yang sama, aku risau dengan kekalutan kota Shanghai yang ramai sangat orang tuh. Kalau kat Yiwu dan Jinhua pun dah tak larat nak jawab soalan orang ramai, kat Shanghai nanti lagi la rasanya. Tunggu la cuaca sejuk sikit nanti. Sekarang nie agak panas nak berjalan-jalan. Kesian kat budak-budak.

Monday, July 16, 2012

Kenal-kenal tempat

0
     Ujung minggu bebaru nie, bawak la family aku berjalan ke Yiwu. Kat Yiwu nie, sangat terkenal dengan barangan murah dan pelbagai. Ramai pedagang-pedagang ambil barang di sini dan dijual semula kat negara diorang sebagai barangan import. Apa benda barangan yang pelbagai kat Yiwu nie..? Well, mudahnya aku cuma akan cakap, "everything under the sun". Sebabnya, kalau nak disebut satu-satu....aku sendiri pun tak ingat semuanya.

     Trip kali ini aku bawak wife dan anak-anak bermalam di Yiwu. Barulah tak kalut sangat dan dapat la kenal-kenal tempat dengan lebih jelas lagi. First sekali, cari hotel yang decent ja, sekadar untuk letak beg, mandi dan tidur. Tak lebih dari itu.

Nie gambar dari website hotel nie. Bilik air 'see through'. A common sight for many hotel in China.

     Alhamdulillah, dapat bilik yang murah dan berpatutan. Kat hotel yang sama jugak banyak sungguh foreigner yang kami jumpa. Rata-ratanya adalah pedagang kot sebab depa datang sorang-sorang ataupun dengan kawan-kawan sahaja. Kami ja yang bawak family. Yang bagusnya tentang hotel yang kami duduk nie, ada kedai makan Islam bersebelahan dengan hotel. Sangatlah mudah dan senang sekali. Kedai makan China Islam Ningxia.

Dok tengah tunggu makanan

 Yang kecik nie tak sabar. Dia comot sebab makan oreo banyak sangat.

Juan dengan Hadi jugak rilek

Pizza daging. Memang terbaik laaa...Mama dah tak tahan dah tuh. Hehehe

      Selebih daripada itu, kami memang berada di kawasan perdagangan Yiwu la. Wife aku mendapat pesanan dari pelanggan-pelanggan dia untuk belikan alas meja, helikopter kawalan jauh dan berbagai lagi. Disebabkan kami ada 4 orang assistant yang dilantik secara tak rasmi, maka kami juga haruslah memberikan upah atas lantikan tidak rasmi tersebut. Mujur upah itu hanyalah untuk 3 orang pegawai sahaja dan bukannya 4 seperti yang digembar-gemburkan. Heheheheh..

Anak-anak pun sengih dapat mainan sorang satu.

Mama dan aktiviti table cloth nya...

Ma pun happy sebab abah bawak dia pegi jalan ke tempat buat bisnes dia. Alhamdulillah.

Depan kedai barangan kanak-kanak kemungkinan untuk Taska Politeknik

Keletihan...

Awal-awal lagi aku dah pesan. Nak mainan boleh, tapi bawak sendiri. Kita takdak kereta sendiri kat sini

Bawak sendiri pun bawaklah, janji boleh helikopter sebijik.

Semalam muncung, hari nie baru happy...hmmm, dah pandai demand dah anak sulung nie.

Aku panggil menda nie khemah campak. 

Dah dapat mainan banyak tuh, lepas nie jangan malas baca buku tau..!!
     

Monday, July 9, 2012

Anak-anak

0
     Sekarang nie, anak-anak aku dah masuk ke fasa pendidikan awal sekolah. Terutama sekali Hadi. Sebagai seorang ayah, aku ada rasa sedikit tertekan bila aku tak berupaya memberi atau menyediakan anak-anak dengan "tools" yang secukupnya.

     Aku ingat lagi ketika abang aku berada dalam stage yang aku hadapi sekarang nie, dia dah mula masukkan anak dia ke kelas Kumon dan Smartreader. Dari dia, aku kemudiannya mengetahui tentang kelebihan-kelebihan yang disediakan oleh pusat perkembangan awal ini. Sedikit sebanyak, aku kagum dan aku juga bercita-cita untuk memasukkan anak aku bila ada peluang nanti.

     Tapi faktor geografi bagaikan menjadi penghalang jugak. Bila kita berada di Port Dickson, InsyaAllah kita tidak akan berjumpa dengan semua itu. Harga yang dikenakan oleh pusat perkembangan awal ini, rata-ratanya merupakan sesuatu yang sangat mahal di PD. Mungkin itulah sebabnya tiada lagi pusat perkembangan awal yang mahu mencuba nasib kerana kuantiti pelajarnya tidak mampu menampung kos operasi syarikat.

     Ada sebuah institusi yang kedengarannya agak bagus juga untuk anak-anak, namun kedudukannya yang jauh dan waktu persekolahannya yang sama dengan waktu berkerja telah membantutkan perancangan kami. Makanya, aku berkali-kali menasihatkan kawan-kawan aku. Rebutlah peluang yang banyak tersedia di kawasan Kuala Lumpur bagi yang tinggal di sana. Nanti, kalau dah pindah ke Port Dickson (kalau ada rancangan la..) memang peluang itu sangat kurang.

     Hari ini, kami sekeluarga merantau ke negeri China. Hadi dan Hazwan terpaksa menangguhkan pembelajaran. Bermulah hari-hari yang mana aku dan wife aku pula menggalas tugas sebagai ibubapa dan guru dalam waktu yang sama. Aku sebenarnya tak pandai nak mengajar dan mendidik. Tapi, dek kerana tak mahu melihat anak aku menjadi orang yang tidak berpelajaran, aku gagahkan juga menjadi cikgu dan ustaz diwaktu malam. Wife aku pula, menjadi cikgu dan makcik kantin dikala siang. Ingat lagi ketika tengah berlajar, Hafiz mengadu kat wife aku. "Cikgu....tengok nie. Hazwan kacau saya". Nak tergelak pun ada bila dengar Hafiz cakap macam tuh. Hahahahaha..

     Itulah al-kisahnya. Kami tak tetapkan pun matlamat yang tinggi untuk anak-anak kami. Aku hanya mahu Hadi lancar membaca buku Bahasa Malaysia dan Al-Quran. Bahasa Inggeris will follow later during the stage. Wife aku pulak, berusaha membantu Hadi buat latih tubi untuk subjek matematik, Inggeris dan BM. Hazwan pulak, kami usahakan agar dia boleh membaca BM dan Al-Quran sahaja. Aku rasa ada sedikit carca-marba dalam sistem pengajaran kami. Kami akan usahakan agar, sistem ini menjadi lebih baik untuk manfaat bersama. Susah jugak rupa-rupanya jadi cikgu nie. Mujur tak kena buat kerja-kerja admin jugak. Hehehehe...

Jalan-jalan hujung minggu. Satu family naik bas. Heran Cina-cina tuh tengok 4 anak.

Mencari makanan halal di resoran arab

Husaini excited sebab dapat main kat taman

Hafiz pun dah besar

Ehh...ada lagi budak nie

Kemaruk nak pakai spek mata. Macam-macam la bebudak nie

Sengih...

Hadi dengan basikal barunya.

Husaini lagi

Tengah makan aiskrim dengan kawan baru Hadi, abang Adam

Aktiviti baru wife aku....shopping

Wednesday, July 4, 2012

Yang sebenarnya

0
     Teringat lagi reaksi mak aku bila ku dapat offer kerja kat China nie. Punyalah gembira dan sukanya hinggakan berbagai-bagai nasihat dan tips disampaikan kepada aku supaya tidak mensia-siakan peluang yang aku dapat nie. Memang lumrah seorang ibu untuk memberi nasihat yang baik kepada anak-anaknya. Melainkan ada sesuatu yang pelik dalam keluarga tuh, tak mungkin seorang ibu akan memberikan nasihat yang janggal kepada anaknya.

     Ibu aku telah lama berkhidmat dalam kerajaan. Dari mula bekerja sehinggalah ke usia pencen. Abah aku pun begitu juga. Pendek kata, mereka memiliki pemikiran sebagai seorang penjawat jawatan awam di Malaysia.

     Kakak aku pulak merupakan anak sulung dalam keluarga dan kakak aku juga merupakan penjawat awam dalam kerajaan. Pernah bertugas selama beberapa tahun di Itali ketika aku baru kahwin dahulu. Ibu bapa aku, pernah tinggal di Itali bersama kakak aku selama beberapa bulan.

     Kalau kita kutip cerita hubungan antara kerajaan dahulukala, contohnya Majapahit dan Melaka. Kita dengar Hang Tuah yang menjadi wakil istana Melaka hanyalah berurusan dengan pihak istana Majapahit sahaja. Kejadian-kejadian yang dikutip dalam sejarah hanyalah berlaku di dalam istana dan sekitarnya sahaja.

     Begitulah jugak dalam hal sebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain pada hari ini. Mana mungkin Itali menonjolkan kegelapan mafia mereka di Sicilly kepada wakil kerajaan Malaysia. Tak mungkin kakak aku akan diberikan kediaman di Sicilly. Pastinya dia akan ditempatkan di kawasan kerajaan Itali yang menonjolkan kemewahan dan ketamadunan yang unggul seperti di Rome. Kerajaan Malaysia juga pastinya memberikan segala kemudahan dan kelebihan sebagai satu imbuhan untuk memotivasikan kakak aku supaya memberitakan perkara yang baik-baik dan molek-molek berkenaan Malaysia kepada kerajaan Itali. Begitulah adatnya.

     Jadi, bila aku pulak sebagai wakil swasta bekerja di luar negara, boleh dikatakan kebanyakkan dari semua itu berputar 360 darjah. Konsepnya mudah, swasta bekerja kerana duit ataupun nama rasminya, BISNES. Makanya, selagi ada ruang untuk menjimatkan kos dan melebihkan keuntungan, itulah matlamat swasta yang paling utama.

     Apabila aku bercakap kepada sesiapa sahaja di Malaysia bahawa aku akan ditempatkan di Jinhua, Zhejiang. Seolah-olah masa b\terhenti seketika kerana takdak sesiapa pun boleh mengagak di mana tempat yang aku maksudkan itu. Kawasan kerja aku ini adalah kawasan industri. Kawasan rumah aku di China ini adalah berdekatan dengan kawasan kilang dan perindustrian. Agak-agaknyalah, bolehkah kita cari Disneyland atau sewaktu denganya dikawasan perindustrian? Agak mustahil bukan. Oleh kerana client kami berada di sini dan client kamilah yang memberikan keuntungan kepada kami, maka kami pun berada di sini secara tidak langsung. Belum lagi kita berbicara mengenai hal keluarga, perlindungan insuran, pengangkutan dan lain-lain. Jauh...sangat jauh berbeza dengan apa yang dinikmati oleh penjawat jawatan awam Malaysia.


     Aku kongsikan gambar tempat aku makan tengahari di pejabat aku. Disinilah hari-hari aku makan tengahari sewaktu hari bekerja. Sebabnya, inilah satu-satunya kedai makan muslim yang aku yakini untuk makan. Kedai orang China Islam Lanzhou. Bukan tujuan nak mengomel tapi nak memperbetulkan persepsi. Aku bersyukur dengan pengalaman ini.


On the way nak ke kedai makan. Tempat nie kiranya kampung laa..

Tokeh kedai tengah buat mee. Hari-hari makan mee yang fresh. Nama tokeh ialah Daud

Betul-betul kat depan kedai makan. Tulisan merah tuh berbunyi Lan Zhou La Mian (Kedai Mee Lan Zhou)
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...