Saturday, July 28, 2012

Kita semuanya sama

2
     "......semua insan takdak beza kecuali taqwa. Bila kita muslim dan kita berada dalam kalangan orang kafir, kita kena zahirkan Islam kita supaya orang sekeliling tahu dan nampak. Jika tidak, sampai bila pun orang kafir tak tahu apa itu Islam...." - Yusoff, Jinhua -

     Aku mnyangkakan yang Ramadhan tahun nie bakal menyaksikan solat terawih aku kat dalam bilik sahaja tapi Allah Maha Kuasa apabila aku berpeluang bertemu dengan sebuah surau yang menjadi pusat perkembangan Islam di Jinhua nie. Gambar kat bawah nie aku ambil pada malam pertama Ramadhan. Sehingga hari ini, jumlah jemaah yang hadir masih sama banyak bahkan bertambah lagi. Sungguh bersemangat umat Islam kat sini dalam bab ibadat.


     Kalau daripada pembacaan dan cerita-cerita banyak mengatakan yang Islam di China ini dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Saad bin Abi Waqqas yang jugak merupakan bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Dikatakan jugak bahawa maqam beliau sekarang ini berada di Guangzhou, lebih kurang 2 jam perjalanan kapal terbang dari tempat aku nie. Sama ada berita ini betul atau salah, yang pastinya Islam telah dibawa memasuki negara China ini sejak dari zaman para sahabat lagi.

Bersama Imam Jinhua yang berada dua dari kanan.
   
     Aku jadi sayu bila mendengar ada orang membaca ayat-ayat suci Al-Quran disini. Dalam suasana yang lain dari kampung halaman sendiri, dikelilingi dengan orang-orang yang tak pandai berbahasa selain dari bahasa Cina, membuatkan orang yang membaca ayat-ayat suci Al-Quran itu sangat outstanding. Orang-orang disini tak pandai berbahasa lain apatah lagi membaca tapi apabila sampai kepada Al-Quran, umat Islam disini dapat membaca dengan lancar sekali. Sungguh aku kagum dan aku bangga dapat jadi orang Islam.

     Ramadhan dikalangan Cina Muslim dari Xinjiang, Lanzhou, Xi'an dan beberapa tempat lain disambut dengan meriah sekali. Orang-orang Cina memang suka makan bersama-sama jadinya, aktiviti berbuka puasa bersama-sama itu sangatlah menepati citarasa sanubari mereka. Mereka sangat suka berkumpul adik-beradik, handai-taulan, saudara-mara dan jiran-tetangga sambil makan-makan dan sembang-sembang bersama-sama. Aktiviti buka puasa pula adalah bonus yang nikmatnya telah dijanjikan Allah kepada orang-orang yang berpuasa. MasyaAllah....semua ini adalah fitrah seorang manusia. Hanya Islam yang mengembalikan fitrah itu kepada kita.

     Bulan puasa juga kita dianjurkan untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa. Jadinya, secara tak langsung aku dan rakan-rakan lain dijemput untuk satu majlis buka puasa oleh saudara kami, Yusoff yang memang memiliki sebuah restoran makanan muslim di Jinhua ini. Beberapa orang rakan ikut serta. Hadi, Hazwan dan Hafiz pun join jugak, Rasanya habis sebijik tembikai dikerjakan 3 orang budak tuh. Hahahaha...Alhamdulillah. Yusoff mengajak kami datang ke Xinjiang untuk makan tembikai sebesar 50kg yang banyak terdapat disana. Dia cakap, ada yang sampai 100kg sebijik tapi 50kg sebijik tuh memang common di Xinjiang. MasyaAllah, kagum aku.

     Walaupun bahasa kami berlainan, tapi Yusoff tak kekok memberikan bayan dan peringatan kepada kami. Yang ajaibnya, aku dan kawan-kawan memang tak paham bahasa cina tapi bila Yusoff nie bagi bayan dan peringatan, kami seolah-olah dapat memahaminya dengan mudah. Sungguh berkat orang seperti Yusoff nie, sesuatu yang aku saksikan sendiri dengan mata ini.

Kat depan restoran Yusoff dengan Hafiz

 Makan berjemaah bersama-sama jemaah. Yusoff yang memiliki janggut paling panjang sekali.

     Makanan yang disajikan adalah makanan tempatan orang-orang Cina Xinjiang. Yang hairannya, Hafiz makan banyak sangat. Suka betul dia dengan masakan orang Cina Xinjiang. Hazwan dan Hadi pun banyak sungguh makan tembikai. Hari ini merupakan hari bersejarah apabila Hazwan dan Hafiz beristinjak sahaja selepas membuang air besar, dikelolakan oleh anak dan isteri Yusoff. Terus Hazwan berenti makan kerana kurang selesa dengan pengalaman baru itu. Hehehehehe.....

Maksud Surah Al-Hujurat ayat 13.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
   

     Hari semalam baru aku mengerti ayat ini secara hakiki. Terima kasih Allah.

2 Response to Kita semuanya sama

August 1, 2012 at 4:32 PM

subhanallah. sangat cemburu dengan pengalaman bermakna abg tajul bersama umat islam di negara org. hehehehe bila lah agaknya tikah nak merasanya juga :-) semoga terus berkongsi catatan bermakna ini dalam berkelana di bumi Tuhan.

August 2, 2012 at 1:12 PM

Tikah, kita pun ikut-ikut orang saja. Kalau tak kerana seorang kawan nie yang beriya-iya mencari masjid dan surau, rasanya memang tak jumpa jugak. Memang rezeki kami di bulan mulia ini..

InsyaAllah, ada rezeki kita share lagi pengalaman yang ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...