Wednesday, July 4, 2012

Yang sebenarnya

0
     Teringat lagi reaksi mak aku bila ku dapat offer kerja kat China nie. Punyalah gembira dan sukanya hinggakan berbagai-bagai nasihat dan tips disampaikan kepada aku supaya tidak mensia-siakan peluang yang aku dapat nie. Memang lumrah seorang ibu untuk memberi nasihat yang baik kepada anak-anaknya. Melainkan ada sesuatu yang pelik dalam keluarga tuh, tak mungkin seorang ibu akan memberikan nasihat yang janggal kepada anaknya.

     Ibu aku telah lama berkhidmat dalam kerajaan. Dari mula bekerja sehinggalah ke usia pencen. Abah aku pun begitu juga. Pendek kata, mereka memiliki pemikiran sebagai seorang penjawat jawatan awam di Malaysia.

     Kakak aku pulak merupakan anak sulung dalam keluarga dan kakak aku juga merupakan penjawat awam dalam kerajaan. Pernah bertugas selama beberapa tahun di Itali ketika aku baru kahwin dahulu. Ibu bapa aku, pernah tinggal di Itali bersama kakak aku selama beberapa bulan.

     Kalau kita kutip cerita hubungan antara kerajaan dahulukala, contohnya Majapahit dan Melaka. Kita dengar Hang Tuah yang menjadi wakil istana Melaka hanyalah berurusan dengan pihak istana Majapahit sahaja. Kejadian-kejadian yang dikutip dalam sejarah hanyalah berlaku di dalam istana dan sekitarnya sahaja.

     Begitulah jugak dalam hal sebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain pada hari ini. Mana mungkin Itali menonjolkan kegelapan mafia mereka di Sicilly kepada wakil kerajaan Malaysia. Tak mungkin kakak aku akan diberikan kediaman di Sicilly. Pastinya dia akan ditempatkan di kawasan kerajaan Itali yang menonjolkan kemewahan dan ketamadunan yang unggul seperti di Rome. Kerajaan Malaysia juga pastinya memberikan segala kemudahan dan kelebihan sebagai satu imbuhan untuk memotivasikan kakak aku supaya memberitakan perkara yang baik-baik dan molek-molek berkenaan Malaysia kepada kerajaan Itali. Begitulah adatnya.

     Jadi, bila aku pulak sebagai wakil swasta bekerja di luar negara, boleh dikatakan kebanyakkan dari semua itu berputar 360 darjah. Konsepnya mudah, swasta bekerja kerana duit ataupun nama rasminya, BISNES. Makanya, selagi ada ruang untuk menjimatkan kos dan melebihkan keuntungan, itulah matlamat swasta yang paling utama.

     Apabila aku bercakap kepada sesiapa sahaja di Malaysia bahawa aku akan ditempatkan di Jinhua, Zhejiang. Seolah-olah masa b\terhenti seketika kerana takdak sesiapa pun boleh mengagak di mana tempat yang aku maksudkan itu. Kawasan kerja aku ini adalah kawasan industri. Kawasan rumah aku di China ini adalah berdekatan dengan kawasan kilang dan perindustrian. Agak-agaknyalah, bolehkah kita cari Disneyland atau sewaktu denganya dikawasan perindustrian? Agak mustahil bukan. Oleh kerana client kami berada di sini dan client kamilah yang memberikan keuntungan kepada kami, maka kami pun berada di sini secara tidak langsung. Belum lagi kita berbicara mengenai hal keluarga, perlindungan insuran, pengangkutan dan lain-lain. Jauh...sangat jauh berbeza dengan apa yang dinikmati oleh penjawat jawatan awam Malaysia.


     Aku kongsikan gambar tempat aku makan tengahari di pejabat aku. Disinilah hari-hari aku makan tengahari sewaktu hari bekerja. Sebabnya, inilah satu-satunya kedai makan muslim yang aku yakini untuk makan. Kedai orang China Islam Lanzhou. Bukan tujuan nak mengomel tapi nak memperbetulkan persepsi. Aku bersyukur dengan pengalaman ini.


On the way nak ke kedai makan. Tempat nie kiranya kampung laa..

Tokeh kedai tengah buat mee. Hari-hari makan mee yang fresh. Nama tokeh ialah Daud

Betul-betul kat depan kedai makan. Tulisan merah tuh berbunyi Lan Zhou La Mian (Kedai Mee Lan Zhou)
  

No Response to "Yang sebenarnya"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...