Tuesday, March 31, 2015

Ada budak dah rindu mama

0
     Hehehehehe....ntah mana datangnya tetiba terjumpa gambar nie waktu dok kemas bilik anak-anak. Duduk elok je atas katil. Ada orang teringat kat mama time nak tido ka? Alahai kesiannya....

Saturday, March 28, 2015

Air Terjun Sedim & Tree Top Walk

0
     Sampai hujung minggu lagi. Hari ini hari Sabtu, hari bersama family. Setelah pikir punya pikir, rasanya baik bawak anak-anak pegi makan angina kat air terjun. Selama duduk kat PD dulu, dok mengadap laut dan pantai jer. Kali nie, kita layan air sejuk gunung pulak.

     Rupa-rupanya di sekeliling Kulim nie memang banyak air terjun. Tapi memang logik la sebab kiri kanan pemandangan memang berbukit bukau. Dulu waktu study kat Kolej Mara Kulim dulu apsal tak perasan ekk? Ada sekali kot, cikgu pernah bawak ke Lata Hijau kalau tak silap. Lata Hijau pun best jugak. Air dia dalam.

     Berbalik kepada cerita asal, mujurlah ada kemudahan internet untuk browse tempat-tempat menarik. Dalam banyak-banyak air terjun tuh, Air Terjun Sedim telah berjaya memenangi hati ini. Sebabnya, bila tengok kat dalam internet, banyak sungguh aktiviti kat Sedim tuh. Ada water rafting, tree top walk, chalet, BBQ, paint ball, flying fox, mandi air terjun dan berbagai lagi. Kebetulan kita pun baru nak kenal tempat, so memang menarik la rancangan kali nie.

     Pagi tuh beriya-iya kami bersiap terutama sekali aku la. Minyak kereta penuh, minyak hitam cukup, angina tayar sesuai dan berbagai-bagai lagi checking yang aku buat. Risau kalau jadi apa-apa sebab ada family dalam kereta. Kalau sorang-sorang, kurang sikit risau.

     Tapi rupa-rupanya Sedim nie dalam 30 minit ke 40 minit jer dari rumah. Laaa...takdak la jauh sangat pun. On the way ke Sedim tuh, nampak la Sekolah Sungai Kob. Sekolah yang hampir-hampir nak jadi sekolah anak-anak aku nie. Memang lejen betul la pegawai PPD tuh. Kalau betul la anak aku sekolah kat Sekolah Sungai Kob, memang kes naya betul.

     Aktiviti pertama, kami naik tree top walk. Tiket dewasa RM10, tiket kanak-kanak RM8 kot. Kami dating pun takdak la pagi sangat, tapi ok la sebab hutan Malaysia nie hutan kanopi. Teduh all the way.

Kat entrance

Kat tiket counter. Orang takdak pun, kami 4 orang ja.

     Kita layan sikit overview pasal Sedim Tree Top Walk nie. Kalau tengok pada map kat bawah nie, permulaan laluan adalah tempat kita masuk dari kaunter tiket. Kita akan pusing trek tuh ikut arah jam dan dalam setiap trek, kita akan sama ada sentiasa mendaki ataupun permukaan daratan semakin menurun. Kalau tengok kat map tuh, kita akan cross jeram Sedim sebanyak 2 kali. Pemandanngan jeram dari kedudukan yang tinggi sangat mempersonakan. Cuma lagi kat kawasan jeram memang takdak pokok laa..So, kena tahan panas sikit.

Peta laluan Tree Top Walk.

Ini butiran teknikal projek kat pintu masuk. Hebat jugak la engineering diorang,
 
Baru nak mulakan perjalanan. Ingatkan jambatan gantung.

Kat bawah tuh see through. Mula-mula memang takut sebab gayat

Pakat-pakat bersandar dekat dinding sebab gayat

Sayup ja kat bawah jeram Sedim

Nie dah lepas cross jeram. Teduh dengan kanopi

Hafiz

Memang tinggi. Sama tinggi dengan pucuk pokok hutan. Cuba perhatikan structure bridge tuh.

Setiap 100m atau kurang (jarak estimate based on mata aku) akan ada checkpoint yang menyediakan pelantar besar sikit berbanding laluan yang kecil. Kat bawah pelantar nie la structure yang menyokong jambatan-jambatan besi nie.

Sampai kat corner nak cross sungai lagi

Nampak tak structure kat ujung tuh? Tinggi kan? Power jugak engineering Malaysia nie.

Tegak jerk. Tinggi plak tuh.

Pandangan zoom out sket. Memang kaya dengan hutan tropika kita nie. Cantik sungguh

Rasanya nie point paling tinggi dari aras hutan. 260 meter tuh.

Nampak hijau ja air kat bawah tuh...sure dalam tak ingat

Gambar hutan macam nie, lagi dramatic kalau waktu pagi + kabus

Dah cross pun jeram. Panjang jugak titi besi nie rupanya.

Hari nie baru tahu ada pokok nama Kulim rupanya. Ingatkan Kulim tuh menda apa.
 
     Selesai berjalan atas pokok tuh, kami pun ke acara seterusnya. Mandi-manda di air terjun. Orang tak la berapa ramai sangat. Parking pun terus kat tepi gigi air ja. Memang convenience.
 
Kawasan lapang. Sesuai untuk riadah bersama keluarga

Jeram pun cantik. Water rafting activity lagi atas lagi dari location yang kami mandi
 
      Bila dah start masuk dalam air, kamera pun kena la simpan elok2. Nanti kalau basah, nangis la plak. Lagi satu, kena bagi 100% tumpuan kat anak-anak waktu main air nie. Takut jadi apa-apa ja. Lebih baik beringat sebelum terkena. So, camera dslr pun off, camera handset pun simpan jugak. Itulah sahaja dua gambar air terjun yang ada. Hehehehehe....Selamat berhujung minggu.


Wednesday, March 25, 2015

Tukar badge

0
     Hari nie tukar lambang. Dari sekolah lama ke sekolah baru. Saja masukkan entry nie sebab nostalgia badge nie macam best plak kalau dapat disimpan. Asalnya memang satu kewajipan pun untuk update kepada lambang baru. Nak tak nak, kena buat jugak la. Tak tahu plak yang lambang baru nie takdak sort like macam gam kat belakang tuh. Those days when we place the badge onto uniform, it will stick onto the uniform once we apply some significant heat such as iron. Rupa-rupanya skrang nie dah takdak. Kena jahit pelan-pelan jugak la.

     Mula-mula tuh dok layan jahit baju sekolah la. Tetiba, sorang-sorang datang mintak tolong jahitkan mainan Banana (dari despicable me) yang dah koyak tuh. Banana ada 2. Koyak plak merata-rata....pastu Hafiz plak mintak tolong jahitkan angry bird dia. Sudah-sudahnya sempat habis sikit jer baju sekolah. Yang lain banyak dok melayan jahit toys sahaja. Jadi cerita betul.

 Sekolah Lukut kat PD

Dikosongkan untuk sementara waktu
 
Badge baru

Transition period

Sunday, March 22, 2015

First day to school in Kulim

0
     Untuk Hadi dan Hazwan, aku tak risau sangat sebab dah pandai jaga diri sendiri. Yang risau sebenarnya adalah kat Hafiz. Dah la baru darjah satu, perwatakan dia pun buat kita risau jugak sebenarnya.

     Disebabkan masuk sessi persekolahan sudah bermula, makanya memang kita kena akur dengan pilihan guru. Guru pun ada kekangan dia sendiri dan untuk guru melayan kemasukkan anak-anak aku ke sekolah pun dah dikira cukup bagus. Terima kasih kepada guru yang berterusan memberi kerjasama pada kami.

     Hari nie hati rasa lega sedikit sebab at least, anak-anak aku berada di tempat yang baik dan ada cikgu serta pak guard yang menjaga keselamatan mereka. Kalau kat rumah tuh, kita risau sebab kita tak berapa kenal dengan kawasan kejiranan tuh.

     Alhamdulillah, balik dari sekolah nampak mood diorang baik. Nampak ceria sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. Nampak ok. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Dialah Yang Maha Bijaksana.

     Bila tanya Hafiz makan apa hari nie? Hafiz cakap, Hafiz beli ayaq hijau. Hahahahahaha.....bagai nak ketawa aku bila dengar Hafiz cakap Kedah. Baru satu hari ke sekolah. Rasanya, lepas nie kena rakam movie anak-anak aku nie cakap KL sebabnya dalam beberapa bulan sahaja, mungkin diorang akan mula bertukar loghat kepada loghat Kedah...Macam-macam mat Hafiz nie...

Dah pandai beli jajan dah bila balik sekolah. Hmmm..

Saturday, March 21, 2015

Balik Alor Setar. Melawat ayahanda bonda

0
     Sejak dari accident bulan Ogos tahun sudah sampailah hari nie, inilah kali pertama balik ke Alor Setar. Sedar tak sedar dah 7 bulan tak balik. Abah pulak memang tak boleh nak travel sebab tuh Abah dan Yong tak datang waktu aku accident dulu.

     Hari nie dapat jumpa Abah dan Yong. Nampak kesihatan kedua-duanya semakin surut. Walaupun di mulut cakap kami sihat, tapi kita sedia maklum...sihatnya cara sihat orang tua. Tak larat, tak kuat, sengal-sengal dan macam-macam lagi kekurangan yang ditanggung dalam 'sihatnya' itu. Itulah orang tua.

     Kita pun sama jugak. Kalau ada umur panjang, akan tiba harinya bila Allah ambil balik apa yang dipinjamkan-Nya pada kita sikit demi sedikit. Hingga akhirnya kita kembali seperti kanak-kanak yang tidak ada upaya. Itulah lumrah. Semoga aku sentiasa ingat.

Nampak badan abah dah susut. Gambar Yong takdak sebab aurat.

Thursday, March 19, 2015

Melayan anak-anak yang takdak mak

0
     Kesian anak-anak aku. Dah la mak duduk jauh, makan pakai pun lebih kurang jerk. Kena tinggal kat rumah plak tuh. Orang nak mengasuh pun takdak. Hehehehe...kesian..kesian

     Nak buat macam mana. Dah lumrah orang berjauhan. Memang lazimnya begitu. Nak pulak bila duduk dengan ayah. Orang lelaki nie asal boleh jerk, tak payah nak beriya-iya sangat. Sebab tuh, kalau ada ibu dan bapa sama-sama membesarkan anak-anak...perkembangan anak akan jadi seimbang. Ada balance and check kat situ.

     Risaukan anak-anak aku boring, aku banyak melayan kehendak diorang bila habis waktu kerja. Kebetulan pulak waktu cuti sekolah, makanya aktiviti kelas atau KAFA dan sebagainya takdak lagi. Memang tengok tv dengan main game sahaja bebudak tuh.

     So, terpaksalah cari aktiviti untuk anak-anak sikit kat Kulim nie. Ada sekali tuh, ajak bebudak nie tengok tasik. Sekali kat tasik tuh ada main paddling boat. Aiseh....koyak poket abah. Semua nak naik plak tuh.

Sengih Hafiz boleh naik bot

Hadi dan Hazwan naik bot yang lain

Berani betul. Tak takut jatuh dalam air.

     Nak naik 4 orang dalam satu bot macam tak munasabah. Kot karang tenggelam tengah tasik kang lagi la naya. Sudahnya sewa 2 bot. Tawakkal je la bila tengok Hadi dan Hazwan dok paddling tengah tasik tuh. Nasib baik la harga sewa bot pun reasonable. Yang jadi time keeper pun takdak la strict sangat. Enjoy jugak laa...hehehehe..

Monday, March 16, 2015

First day to work

0
     Hari pertama sebagai lecturer. Kepala serabut sebab tak jumpa pengasuh atau taska anak-anak. Habis orang aku tanya sampaikan makcik yang jual kueh tepi jalan pun aku tanya gak kalau-kalau kenal mana-mana pengasuh.

     Sudahnya, deal ngan anak-anak. Tolong behave sebab abah nak pegi kerja. Hadi, Hazwan ngan Hafiz kena duduk kat rumah jer sepanjang hari nie. Makanan semua atas meja, air the pun ada. Tengahari abah balik, kita pegi makan kat luar. Pastu, petang pulak baru abah balik. Nanti petang abah bawak jalan-jalan.

     First day to work tapi kepala ingat kat rumah. Apa yang Section Head cakap, macam tak register jer dalam kepala nie. Risau kat anak-anak yang kena tinggal takdak orang tengok tuh. Tempat asing, suasana baru, pengalaman baru dan macam-macam lagi. Mudahkanlah....mudahkanlah..

Teringat kat Dhiya

Sunday, March 15, 2015

Daftar sekolah dahulu

0
     Hari ini hari Ahad. Ada 4 perkara nak buat
  1. Cari jumlah masa perjalanan dari rumah ke tempat kerja
  2. Cari Pejabat Pendidikan Daerah untuk daftar sekolah anak
  3. Cari sekolah
  4. Cari pengasuh atau tempat transit anak-anak
     Senarai sekolah yang dekat dengan rumah sewa memang dah ada. Tapi bila sampai ke PPD, semua sekolah tuh penuh dan takleh masuk. Nak pulak sekolah Kulim Hi-Tech, memang awal-awal lagi dah penuh sangat.

     Pastu, pegawai PPD tuh sarankan masuk Sekolah Sungai Kob. Dia kata ada kosong dan boleh masuk la anytime. Aku pun seperti sediakala dengan prisip tanak menyusahkan kerja orang memang nak terima jer bulat-bulat. Kemudian saja-saja Tanya jarak dari tempat kerja aku ke Sekolah Sungai Kob. Selamba ja pegawai PPD tuh jawab "saya pun tak tahu sebab saya baru jer dipindahkan ke sini". Laa....ingatkan aku sorang jer yang pindah tempat kerja, ada lagi rupanya. Kemudian pegawai tuh mintak kami tunggu sebentar untuk dia check jarak perjalanan yang aku tanyakan tadi.

     Rupa-rupanya jarak agak jauh dalam 12km. Mujur jugak aku tanya soalan tuh. Kemudian, pusing punya pusing...dapatlah Sekolah lain yang dekat sikit. Bergegas la kami ke sekolah yang dimaksudkan untuk urusan lain pulak.

 
 
     So, daftar sekolah dah selesai, sekolah pun dah jumpa...tempat kerja dengan rumah pun on the way jer ke sekolah....Selesai 3 perkara. Nak cari pengasuh saja lagi nie. Kena tanya orang nie. Taska pun banyak yang cuti sebab cuti sekolah....mana nak cari nie? Esok nak kerja dah.

Saturday, March 14, 2015

Berpindah ke Kulim

0
     Siapa sangka boleh dapat kerja kat Kulim dengan background sebagai Design Engineer. Memang ada banyak kilang kereta dan kilang yang buat komponen kereta kat utara tanahair nie, tapi bahagian design sangat kurang.

     Alhamdulillah, syukurlah ada universiti sudi nak amik aku sebagai pekerja. Mujurlah ada master, at least tak la jauh sangat bila bertukar karier baru nie. Jadinya, keluarga terpaksa dibahagi 2. Anak-anak yang bersekolah, semua kena ikut abah ke Kulim. Anak-anak yang masih kecil pulak, kena ikut mama and stay at PD until further notice. Hehehehe...sian anak-anak, suka atau tak suka...terpaksa jugak ikutkan jua.

     Tempat kerja yang baru nie, walaupun berada dalam kawasan Kedah...hari bekerjanya tak ikut Kedah. Sepatutnya Ahad hingga Khamis adalah waktu bekerja tapi ofis baru nie masih lagi ikut KL. Cuma lagi, anak-anak la yang ikut cuti Kedah. Maknanya, kami sempat berhujung minggu sekali sahaja dalam seminggu iaitu pada hari Sabtu. Tapi takpa, I have no complaint whatsoever. Tempat kerja yang sangat dekat dengan rumah adalah satu kelebihan yang tak mungkin aku lepaskan.

     Kami bertolah hari Sabtu 14/03/2015 ke Kulim menuju ke rumah sewa baru. Sampai pun dah maghrib dan aku tak ingat pun jalan balik ke rumah baru tuh. Hehehehe...nanti boleh explore. Penuh satu kereta dengan barang-barang kami. Maklumlah, nama pun pindah rumah.

     Sebenarnya, aku sewa homestay kat Kulim nie. Sebabnya, dalam homestay tuh dah macam fully furnished la. Walaupun mahal, tapi terpaksa redah jugak. Sebabnya, kalau rumah kosong nanti, kena start beli pulak segala bagai keperluan dan barang electronic. Malas nak piker, layan ja homestay dulu.

     So, hanya ada hari Ahad sahaja untuk aku cari pengasuh atau tempat transit anak-anak aku yang bertiga tuh. Hadi, Hazwan dan Hafiz bakal bertukar ke sekolah baru. Waktu hari terkahir kat Sekolah Lukut tuh, nampak cikgu pra-sekolah Hafiz macam berat sangat nak berpisah dengan Hafiz. Padahal Hafiz dah darjah satu....dah beberapa bulan pun tak masuk kelas pra tuh. Cikgu pun sebenarnya sayangkan anak murid dan mahu anak muridnya berjaya. Agaknya, kerana syllabus dan kerja-kerja admin yang mendesak kot yang membuatkan guru-guru tak dapat tumpu pada murid-murid. Sian cikgu.

     Gambar dari google. Kiri tuh UniKL dan kanan tuh Politeknik.

Monday, March 9, 2015

Nothing much (part 31)

0
Courtesy from my fella friend who work in oil and gas company. Picture taken somewhere in the middle of the sea within Terengganu sea border


Saturday, March 7, 2015

Civil Engineering Day (CED) Politeknik PD

0
     Bagus jugak budak-budak Poli PD nie. Ada jugak aktiviti yang hasil usahasama dengan pensyarah-pensyarah yang bermanfaat. Walaupun ad-hoc tapi hasil kerjanya boleh dibanggakan.

     Sebenarnya Civil Engineering Day nie hanyalah aktiviti riadah pensyarah dan pelajar kejuruteraan awam sahaja. Bukannya hari kejuruteraan yang mempamerkan binaan canggih ataupun seminar formal yang dihadiri tokoh-tokoh akademik negara dan sebagainya. Jadi, bila sebut riadah nie...boleh la anak-anak pun ikut sekali. Kebetulan, ada juga aktiviti untuk anak-anak. Siap ada hadiah lagi tuh.

     Ada la satu event suka-suka yang agak sesuai untuk aku join. Event tarik tali. Hmmm...tarik je la. Nasib baik tak tercabut besi dalam bahu nie. Memang dah tahu yang diri sendiri tak fit pun untuk apa-apa sukan. Tapi bila dah ramai-ramai tuh, rasa teruja tetap ada. Bila henjut kuat sikit tali tuh, tetiba meletup plak kepaala lutut. Baru la nak sedarkan diri. Hahahahaha....dah la lama tak bersukan, dah tua pulak tuh.

     Last sekali, melayan bebudak nie masuk pertandingan mewarna. Boleh la tangkap gambar sikit sekadar melepaskan gian.

Dah besar dah Dhiya Raudhah kan...??

Hadi rajin dok melayan adik dia tuh.

Hadi geng ngan Hazwan. Hafiz plak geng ngan Husaini

Nie geng satu taman la nie. 

Kaler kat mana tuh?
 Acara mewarna pun bermula dengan gemilang sekali


 Dhiya Raudhah plak, kawan ngan mama

Suka la dia dapat main kaler

Acara mewarna nie memang membuatkan anak-anak jadi occupied sungguh

Senyum la sket Dhiya...

Pakat-pakat tunjuk skil

Bila lama sikit dok kaler, maka bertempiaran la anak-anak dalam dewan tuh.

Dhiya jugak yang steady. Macam kat rumah pulak lagaknya

Hoh....bakpe jadi gini nie?

Sorang darjah 1, sorang lagi tadika kemas

Yang darjah 4 dengan darjah 2 nie, dok experience suasana dalam dewan kuliah

Cubaan merakamkan bubble. Tak jadi

Bibo suka main belon

Steady la Bo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...