Saturday, March 21, 2015

Balik Alor Setar. Melawat ayahanda bonda

0
     Sejak dari accident bulan Ogos tahun sudah sampailah hari nie, inilah kali pertama balik ke Alor Setar. Sedar tak sedar dah 7 bulan tak balik. Abah pulak memang tak boleh nak travel sebab tuh Abah dan Yong tak datang waktu aku accident dulu.

     Hari nie dapat jumpa Abah dan Yong. Nampak kesihatan kedua-duanya semakin surut. Walaupun di mulut cakap kami sihat, tapi kita sedia maklum...sihatnya cara sihat orang tua. Tak larat, tak kuat, sengal-sengal dan macam-macam lagi kekurangan yang ditanggung dalam 'sihatnya' itu. Itulah orang tua.

     Kita pun sama jugak. Kalau ada umur panjang, akan tiba harinya bila Allah ambil balik apa yang dipinjamkan-Nya pada kita sikit demi sedikit. Hingga akhirnya kita kembali seperti kanak-kanak yang tidak ada upaya. Itulah lumrah. Semoga aku sentiasa ingat.

Nampak badan abah dah susut. Gambar Yong takdak sebab aurat.

No Response to "Balik Alor Setar. Melawat ayahanda bonda"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...