Thursday, March 19, 2015

Melayan anak-anak yang takdak mak

0
     Kesian anak-anak aku. Dah la mak duduk jauh, makan pakai pun lebih kurang jerk. Kena tinggal kat rumah plak tuh. Orang nak mengasuh pun takdak. Hehehehe...kesian..kesian

     Nak buat macam mana. Dah lumrah orang berjauhan. Memang lazimnya begitu. Nak pulak bila duduk dengan ayah. Orang lelaki nie asal boleh jerk, tak payah nak beriya-iya sangat. Sebab tuh, kalau ada ibu dan bapa sama-sama membesarkan anak-anak...perkembangan anak akan jadi seimbang. Ada balance and check kat situ.

     Risaukan anak-anak aku boring, aku banyak melayan kehendak diorang bila habis waktu kerja. Kebetulan pulak waktu cuti sekolah, makanya aktiviti kelas atau KAFA dan sebagainya takdak lagi. Memang tengok tv dengan main game sahaja bebudak tuh.

     So, terpaksalah cari aktiviti untuk anak-anak sikit kat Kulim nie. Ada sekali tuh, ajak bebudak nie tengok tasik. Sekali kat tasik tuh ada main paddling boat. Aiseh....koyak poket abah. Semua nak naik plak tuh.

Sengih Hafiz boleh naik bot

Hadi dan Hazwan naik bot yang lain

Berani betul. Tak takut jatuh dalam air.

     Nak naik 4 orang dalam satu bot macam tak munasabah. Kot karang tenggelam tengah tasik kang lagi la naya. Sudahnya sewa 2 bot. Tawakkal je la bila tengok Hadi dan Hazwan dok paddling tengah tasik tuh. Nasib baik la harga sewa bot pun reasonable. Yang jadi time keeper pun takdak la strict sangat. Enjoy jugak laa...hehehehe..

No Response to "Melayan anak-anak yang takdak mak"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...