Disebabkan masuk sessi persekolahan sudah bermula, makanya memang kita kena akur dengan pilihan guru. Guru pun ada kekangan dia sendiri dan untuk guru melayan kemasukkan anak-anak aku ke sekolah pun dah dikira cukup bagus. Terima kasih kepada guru yang berterusan memberi kerjasama pada kami.
Hari nie hati rasa lega sedikit sebab at least, anak-anak aku berada di tempat yang baik dan ada cikgu serta pak guard yang menjaga keselamatan mereka. Kalau kat rumah tuh, kita risau sebab kita tak berapa kenal dengan kawasan kejiranan tuh.
Alhamdulillah, balik dari sekolah nampak mood diorang baik. Nampak ceria sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. Nampak ok. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Dialah Yang Maha Bijaksana.
Bila tanya Hafiz makan apa hari nie? Hafiz cakap, Hafiz beli ayaq hijau. Hahahahahaha.....bagai nak ketawa aku bila dengar Hafiz cakap Kedah. Baru satu hari ke sekolah. Rasanya, lepas nie kena rakam movie anak-anak aku nie cakap KL sebabnya dalam beberapa bulan sahaja, mungkin diorang akan mula bertukar loghat kepada loghat Kedah...Macam-macam mat Hafiz nie...
Dah pandai beli jajan dah bila balik sekolah. Hmmm..
No Response to "First day to school in Kulim"
Post a Comment