Alhamdulillah, syukurlah ada universiti sudi nak amik aku sebagai pekerja. Mujurlah ada master, at least tak la jauh sangat bila bertukar karier baru nie. Jadinya, keluarga terpaksa dibahagi 2. Anak-anak yang bersekolah, semua kena ikut abah ke Kulim. Anak-anak yang masih kecil pulak, kena ikut mama and stay at PD until further notice. Hehehehe...sian anak-anak, suka atau tak suka...terpaksa jugak ikutkan jua.
Tempat kerja yang baru nie, walaupun berada dalam kawasan Kedah...hari bekerjanya tak ikut Kedah. Sepatutnya Ahad hingga Khamis adalah waktu bekerja tapi ofis baru nie masih lagi ikut KL. Cuma lagi, anak-anak la yang ikut cuti Kedah. Maknanya, kami sempat berhujung minggu sekali sahaja dalam seminggu iaitu pada hari Sabtu. Tapi takpa, I have no complaint whatsoever. Tempat kerja yang sangat dekat dengan rumah adalah satu kelebihan yang tak mungkin aku lepaskan.
Kami bertolah hari Sabtu 14/03/2015 ke Kulim menuju ke rumah sewa baru. Sampai pun dah maghrib dan aku tak ingat pun jalan balik ke rumah baru tuh. Hehehehe...nanti boleh explore. Penuh satu kereta dengan barang-barang kami. Maklumlah, nama pun pindah rumah.
Sebenarnya, aku sewa homestay kat Kulim nie. Sebabnya, dalam homestay tuh dah macam fully furnished la. Walaupun mahal, tapi terpaksa redah jugak. Sebabnya, kalau rumah kosong nanti, kena start beli pulak segala bagai keperluan dan barang electronic. Malas nak piker, layan ja homestay dulu.
So, hanya ada hari Ahad sahaja untuk aku cari pengasuh atau tempat transit anak-anak aku yang bertiga tuh. Hadi, Hazwan dan Hafiz bakal bertukar ke sekolah baru. Waktu hari terkahir kat Sekolah Lukut tuh, nampak cikgu pra-sekolah Hafiz macam berat sangat nak berpisah dengan Hafiz. Padahal Hafiz dah darjah satu....dah beberapa bulan pun tak masuk kelas pra tuh. Cikgu pun sebenarnya sayangkan anak murid dan mahu anak muridnya berjaya. Agaknya, kerana syllabus dan kerja-kerja admin yang mendesak kot yang membuatkan guru-guru tak dapat tumpu pada murid-murid. Sian cikgu.
Gambar dari google. Kiri tuh UniKL dan kanan tuh Politeknik.
No Response to "Berpindah ke Kulim"
Post a Comment