Saturday, March 28, 2015

Air Terjun Sedim & Tree Top Walk

0
     Sampai hujung minggu lagi. Hari ini hari Sabtu, hari bersama family. Setelah pikir punya pikir, rasanya baik bawak anak-anak pegi makan angina kat air terjun. Selama duduk kat PD dulu, dok mengadap laut dan pantai jer. Kali nie, kita layan air sejuk gunung pulak.

     Rupa-rupanya di sekeliling Kulim nie memang banyak air terjun. Tapi memang logik la sebab kiri kanan pemandangan memang berbukit bukau. Dulu waktu study kat Kolej Mara Kulim dulu apsal tak perasan ekk? Ada sekali kot, cikgu pernah bawak ke Lata Hijau kalau tak silap. Lata Hijau pun best jugak. Air dia dalam.

     Berbalik kepada cerita asal, mujurlah ada kemudahan internet untuk browse tempat-tempat menarik. Dalam banyak-banyak air terjun tuh, Air Terjun Sedim telah berjaya memenangi hati ini. Sebabnya, bila tengok kat dalam internet, banyak sungguh aktiviti kat Sedim tuh. Ada water rafting, tree top walk, chalet, BBQ, paint ball, flying fox, mandi air terjun dan berbagai lagi. Kebetulan kita pun baru nak kenal tempat, so memang menarik la rancangan kali nie.

     Pagi tuh beriya-iya kami bersiap terutama sekali aku la. Minyak kereta penuh, minyak hitam cukup, angina tayar sesuai dan berbagai-bagai lagi checking yang aku buat. Risau kalau jadi apa-apa sebab ada family dalam kereta. Kalau sorang-sorang, kurang sikit risau.

     Tapi rupa-rupanya Sedim nie dalam 30 minit ke 40 minit jer dari rumah. Laaa...takdak la jauh sangat pun. On the way ke Sedim tuh, nampak la Sekolah Sungai Kob. Sekolah yang hampir-hampir nak jadi sekolah anak-anak aku nie. Memang lejen betul la pegawai PPD tuh. Kalau betul la anak aku sekolah kat Sekolah Sungai Kob, memang kes naya betul.

     Aktiviti pertama, kami naik tree top walk. Tiket dewasa RM10, tiket kanak-kanak RM8 kot. Kami dating pun takdak la pagi sangat, tapi ok la sebab hutan Malaysia nie hutan kanopi. Teduh all the way.

Kat entrance

Kat tiket counter. Orang takdak pun, kami 4 orang ja.

     Kita layan sikit overview pasal Sedim Tree Top Walk nie. Kalau tengok pada map kat bawah nie, permulaan laluan adalah tempat kita masuk dari kaunter tiket. Kita akan pusing trek tuh ikut arah jam dan dalam setiap trek, kita akan sama ada sentiasa mendaki ataupun permukaan daratan semakin menurun. Kalau tengok kat map tuh, kita akan cross jeram Sedim sebanyak 2 kali. Pemandanngan jeram dari kedudukan yang tinggi sangat mempersonakan. Cuma lagi kat kawasan jeram memang takdak pokok laa..So, kena tahan panas sikit.

Peta laluan Tree Top Walk.

Ini butiran teknikal projek kat pintu masuk. Hebat jugak la engineering diorang,
 
Baru nak mulakan perjalanan. Ingatkan jambatan gantung.

Kat bawah tuh see through. Mula-mula memang takut sebab gayat

Pakat-pakat bersandar dekat dinding sebab gayat

Sayup ja kat bawah jeram Sedim

Nie dah lepas cross jeram. Teduh dengan kanopi

Hafiz

Memang tinggi. Sama tinggi dengan pucuk pokok hutan. Cuba perhatikan structure bridge tuh.

Setiap 100m atau kurang (jarak estimate based on mata aku) akan ada checkpoint yang menyediakan pelantar besar sikit berbanding laluan yang kecil. Kat bawah pelantar nie la structure yang menyokong jambatan-jambatan besi nie.

Sampai kat corner nak cross sungai lagi

Nampak tak structure kat ujung tuh? Tinggi kan? Power jugak engineering Malaysia nie.

Tegak jerk. Tinggi plak tuh.

Pandangan zoom out sket. Memang kaya dengan hutan tropika kita nie. Cantik sungguh

Rasanya nie point paling tinggi dari aras hutan. 260 meter tuh.

Nampak hijau ja air kat bawah tuh...sure dalam tak ingat

Gambar hutan macam nie, lagi dramatic kalau waktu pagi + kabus

Dah cross pun jeram. Panjang jugak titi besi nie rupanya.

Hari nie baru tahu ada pokok nama Kulim rupanya. Ingatkan Kulim tuh menda apa.
 
     Selesai berjalan atas pokok tuh, kami pun ke acara seterusnya. Mandi-manda di air terjun. Orang tak la berapa ramai sangat. Parking pun terus kat tepi gigi air ja. Memang convenience.
 
Kawasan lapang. Sesuai untuk riadah bersama keluarga

Jeram pun cantik. Water rafting activity lagi atas lagi dari location yang kami mandi
 
      Bila dah start masuk dalam air, kamera pun kena la simpan elok2. Nanti kalau basah, nangis la plak. Lagi satu, kena bagi 100% tumpuan kat anak-anak waktu main air nie. Takut jadi apa-apa ja. Lebih baik beringat sebelum terkena. So, camera dslr pun off, camera handset pun simpan jugak. Itulah sahaja dua gambar air terjun yang ada. Hehehehehe....Selamat berhujung minggu.


No Response to "Air Terjun Sedim & Tree Top Walk"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...