Credit picture to REMODELISTA
Rumah jiran kita tetiba didatangi dengan tetamu yang ramai. Punyalah ramai sehingga jiran kita tuh terpaksa pinjam pinggan dari kita sebab tak cukup pinggan. Pinjam pun tak banyak, cuma tiga biji pinggan sahaja. Jiran berjanji untuk pulangkan semula bila dah selesai pakai nanti.
Seminggu berlalu dan jiran kita menunaikan janjinya untuk pulangkan pinggan yang dipinjam. Dipulangkan semula ketiga-tiga pinggan kepada kita. Asalnya, kita pinjamkan pinggan yang baik tapi bila kita terima semula, ada beberapa keadaan yang berlainan.
Pinggan 1
Pinggan yang pertama nie, kita dapat semula sama seperti keadaan yang kita pinjamkan. Bersih, berkilat dan cantik. Kita pun puas hati lalu kita ambil dan simpan semula di almari yang tinggi.
Pinggan 2
Pinggan yang kedua, dipulangkan dalam keadaan yang kotor dan tak berbasuh. Muka kita mencebik sedikit. Malas nak mengomel panjang, kita masukkan dalam sinki untuk dibasuh kemudian.
Pinggan 3
Pinggan yang ketiga, teruk takdak rupa pinggan. Pinggan tuh pecah berderai. Mengeluh sedikit kita dibuatnya. Nak buat macam mana lagi, buang dalam tong sampah ja la. Simpan pun buat bahaya nanti.
Sama sahaja halnya dengan kita yang digelar manusia nie. Asalnya kita nie dari syurga. Dihantar ke dunia untuk menjalani ujian tertentu dari Allah. Sampai masanya, kita akan kembali semula kepada Pencipta. Tidak selamnya kita di bumi ini.
Kalau waktu kita pulang semula ke pangkuan Pencipta dalam keadaan seperti kita datang ke dunia dahulu, maka kita akan kembali semula ke tempat asal dalam syurga. Selesai masalah kita. Kalau kita kembali dalam keadaan ada "kekotoran" (dosa), kita akan "dibasuh" dahulu untuk dibuang segala "kekotoran" kita. Bila dah bersih, baru boleh masuk semula dalam syurga.
Tapi kalau kita kembali dalam keadaan yang tidak sepatutnya, bukan fitrah dan lari dari apa yang Nabi kita ajarkan....maka kita takdak tempat langsung dalam syruga Allah. Kita akan akan "dibuang" terus dan dilupakan. Itulah tempat rehat yang paling hina sekali. Selamanya berada di sana.
Subhanallah, moga kita terselamat api neraka.
No Response to "3 jenis pinggan"
Post a Comment