Saturday, November 28, 2015

Risau jugak kalau isu berlarutan

0
Sumber dari sinarharian
 
     Rasanya dalam 4-5 bulan sebelum nie, selalu dapat message berkenaan anak-anak kecil kena culik. Kadang-kadang, berlaku di depan sekolah. Kadang-kadang di taman permainan dan macam-macam tempat lagi. Menakutkan lagi apabila kejadian culik ini berlaku berdekatan dengan kawasan Kulim. Contohnya di Pulau Pinang dan Sungai Petani.

     Kejadian-kejadian ini disahkan pulak dari rakan-rakan polis yang turut ada dalam whatapps group. Gambar-gambar report dari pengadu menjadi viral dan hasil laporan siasatan awal pihak polis juga dapat kita baca dari viral yang masuk susulan dari kejadian tersebut.

     Kita menjadi resah dan takut. Bimbang akan keselamatan anak-anak kita yang masih kecil dan dalam lingkungan umur yang sebaya dengan kanak-kanak yang diculik tersebut. Menambahkan lagi rasa bimbang dan resah ini apabila ada pulak huraian pendapat yang jugak viral dalam whatapps membicarakan corak penculikan dan tujuannya. Ada yang kata sebab nak jual kat Negara jiran. Ada pulak yang mensabitkan dengan isu penjualan organ dan bagai-bagai lagi. Bahagian kejadian culik beserta laporan tuh, memang kita boleh percaya sebab sumber-sumbernya beserta bukti. Tapi bahagian pendapat dan teori tuh yang susah sikit nak percaya. Tidak ada sandaran bukti melainkan huraian pendapat sahaja. Kalau nak diikutkan, kita boleh anggap itu sebagai khabar angin yang tidak ada makna.

     Tapi, bila melibatkan keselamatan anak-anak kita nie...kita jadi amik berat jugak huraian pendapat tuh walaupun takdak bukti. Ini disebabkan kita ambil berat dan sayangkan anak kita. Sudahnya kita jadi beringat pada banyak perkara yang melibatkan anak-anak kita.

     Disebabkan itulah aku jarang upload gambar anak-anak aku dalam blog kebelakangan ini. Risau kalau-kalau jadi penyebab anak-anak aku terdedah kepada bahaya. Walaupun kita boleh setting agar orang-orang tertentu sahaja yang boleh melayari blog kita, tapi aku tidak berhajat begitu. Sebabnya blog ini bukan hanya ingin menceritakan perihal anak-anak aku sahaja. Banyak lagi topik lain yang aku bicarakan termasuklah perkongsian gambar-gambar yang cantik pada pandangan mata aku dan buku-buku yang aku baca. Ada jugak aku titipkan ilmu-ilmu yang aku kutip dari kuliah ustaz-ustaz di masjid dan surau dalam blog ini. Tujuannya agar aku jugak dapat pahala dalam usaha menyebarkan ilmu. Nak bagi ceramah kat masjid, diri sendiri pun tak berapa betul. Hmmm..

     Begitulah kisahnya. Lain tempat lain pulak ancaman bahayanya. Di Palestin, anak-anak terdedah pada kekejaman Israel. Di Malaysia pulak, kita terdedah pada bahaya orang yang rakus pada mencari kekayaan dunia. Mungkin penyelesaiannya pada amalan hudud. Moga kita kembali pada agama semula sebelum kita terlambat.

No Response to "Risau jugak kalau isu berlarutan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...