Baju hujan brand GIVI dalam gambar tuh adalah kepunyaan aku. Masih elok dan berfungsi dengan baik seperti baju hujan yang baru. Tahan lasak dan berupaya menahan angin selaju 120km/j selama lebih dari sejam. Itu testimony aku yang selalu kena hujan waktu naik motor pergi dan pulang dari tempat kerja.
Tapi, sejak bulan March tahun nie...baju nie menjadi tukun di dalam GIVI Box motor aku setelah sekian lama tak naik motor sewaktu hujan. Kalau pergi kerja naik motor pun dan tetiba hari hujan, memang selalunya aku akan tunggu hujan berenti dulu sebab rumah dekat sahaja dan tak berbaloi nak tukar baju hujan berbagai. Baju hujan ini banyak menyimpan sejarah, sejarah baju hujan milik aku yang dulunya pernah jadi pelindung tapi hari ini menjadi tukun. Kesian pulak rasanya kat baju hujan brand GIVI.
Cerita bebaru ini, sewaktu selesai sembahyang Isya' di masjid berdekatan dan bersedia untuk pulang, tetiba hujan pulak turun. Tak la selebat mana pun tapi kalau tak pakai baju hujan, boleh jadi basah jugak la kalau diteruskan perjalanan. Memang ada niat nak balik awal jugak pun pada malam tuh sebab nak pantau Hadi, Hazwan dan Hafiz study. Ada exam kat sekolah dalam minggu tuh. Disebabkan nak balik jugak walaupun hujan, maka hubungan antara aku dan baju hujan brand GIVI nie terpaksa dirujuk semula. Alhamdulillah, baju hujan masih lagi memberikan perkhidmatan dan perlindunganya yang terbaik. Badan tak basah dek hujan tapi kain pelikat ada lembab sikit sebab hanya pakai baju hujan sahaja dan tak memakai seluar hujan. Baju hujan brand GIVI masih berbisa seperti dahulu.
Cuma lagi aku nie haa....agaknya memang lama tak kena combination angin sejuk dan hujan waktu naik motor. Kena sekali ja balik dari masjid malam tuh, terus demam tuhh...badan dah lemau rupanya. Last sekali merekok bawah selimut, demam panas punya pasal. Baju hujan brand GIVI masih steady, tuan baju hujan ja tak boleh nak pi.
Bila tengok gambar nie, kenangan lama bersama baju hujan GIVI di atas highway sewaktu hujan memang tak pernah luput dari ingatan. Bila ingatkan balik semua tuh, dada rasa sendat kerana pernah rasa naik motor dalam hujan lebat dalam perjalanan jauh setiap hari. Syukur sangatlah sekarang nie rumah dekat dengan tempat kerja. Moga-moga nikmat ini berterusan hendaknya. Amin...
1 Response to Baju hujan brand GIVI
Kalau tak pakai, jual sahaja
Post a Comment