Bila check kat Klinik Pakar kanak-kanak waktu Jumaat pagi tuh, Dr suspect rheumatic fever. Satu penyakit yang Dr cakap dia sendiri pun dah lama tak tengok. Surat refer ke hospital pun di keluarkan. Haziq yang kebetulan demam jugak pun diberi refer letter jugak. Takut kalau Haziq berjangkit dengan Dhiya.
Dah tahu anak nak admission, kami balik ke rumah dulu untuk packing semua keperluan. Dhiya dan Haziq lena sungguh tidur dari tengahari sampai la lewat petang. Bangun petang tuh tetiba suhu badan pun dah turun. Dhiya pulak siap boleh bangun dan main lari-lari lagi dalam rumah. Takdak dah sakit kaki. Sudahnya, rancangan nak masuk hospital ditangguhkan sampai ke Sabtu pagi.
Kebiasaannya Sabtu adalah hari sibuk di Kedah. Aku jangkakan parking hospital akan penuh dan orang pasti ramai untuk mendapatkan rawatan. Rupa-rupanya sangkaan ku meleset. Cuaca yang elok selepas jerebu nie memang memberikan kesihatan pada rakyat Malaysia hinggakan hospital pun takdak orang. Macam tak percaya bila sampai kat parking hospital bagaikan padang kawad yang lapang sebab takdak kereta. Risau pulak nak parking.
Rawatan dari Dr pun dapat dengan cepat sekali hinggakan tak sempat nak duduk kat ruangan menunggu. Dalam perbincangan dan penerangan dengan Dr tuh, Dr pun macam berat hati jugak nak proceed dengan admission. Tapi kedua-dua kami bersetuju bahawa rheumatic fever nie satu penyakit yang serius dan memerlukan pemantauan berterusan. So, tak jadi masuk ward tapi kena datang semula hari Rabu nie untuk rawatan susulan. Untuk sementara waktu, aku bersyukur sebab Dhiya tak masuk ward. Sedih bila mengingatkan budak-budak kecik yang kena lalui proses rawatan tuh semua. Nak amik darah lagi, antibiotik lagi, duduk dalam ward lagi, tak boleh lasak-lasak lagi. Kesian. Kita sendiri pun letih sebenarnya kalau budak-budak masuk hospital.
Kemudian, setelah rasa lapang didada sebab tak masuk ward tuh Allah Ta'ala tambahkan lagi dengan kunjungan dari abang aku yang duduk kat Sungai Petani ke rumah kami. Riuh-rendah la anak-anak aku dan anak-anak abang aku bila dapat jumpa sama-sama mereka. Abang aku yang duduk kat Sungai Petani nie memang food hunter sikit. Atas maklumat yang dia bagi, akhirnya kami jumpa satu port makan yang best dekat ja dengan rumah.
Tudia...laksa tempurung. Click SINI untuk lokasi
Siap ada phone number lagi
Hari yang cerah. Allah Ta'ala hadiahkan pelangi kat anak-anak
Laksa Tempurung. Pilihan yang ada, laksa biasa..laksa ketam atau udang...dan laksa ketam + udang
Alamak aii...dah abes la plak
Anak-anak tak pandai makan laksa...layan nasik ayam sahaja
Kelam kelibut mama dengan permintaan macam-macam dari anak-anak
Nie gambar baru sampai kat meja
Menarik kan..??
ABC pun masuk dalam tempurung gak
Kalau waktu tengahari memang layan la ABC nie
Seronok sangat la tuh
Ramai sungguh kami nie. Baru 2 family
Aimi dengan green tea gelas besarnya. Boleh tahan gak air green tea nie.
Itulah ceritanya bila adik beradik datang rumah. Sepatutnya kami yang jamu tetamu tapi apakan daya, panggilan tempat makan kat luar lagi best. Hehehehe...boleh la sekali sekala nak layan macam nie. Kalau selalu sangat layan, takut memanjakan diri pulak. Apa-apa pun, memang tempat yang menarik untuk dikunjungi. 2 thumbs up...!!
No Response to "Dekat sungguh laksa tempurung dengan rumah"
Post a Comment