Sunday, November 1, 2015

Baru tahu nikmat langit biru

0
     Dah sebulan lebih Malaysia diselubungi dengan jerebu yang kadang-kadang tebal, kadang-kadang nipis. Kat Kulim pun tak terlepas dari IPU 300 lebih. Ada ketikanya, aku sendiri menjadi Menteri Pendidikan kepada anak-anak aku dengan mengisytiharkan cuti darurat sendiri-sendiri. Itu di Kulim, kalau di Indonesia tak tahulah macam mana.

     Allah Maha Kuasa, jerebu yang tebal selama sebulan tetiba hilang sehilangnya. Bangun ja pagi langit biru, matahari cerah, kicau burung keriangan...bagai semalam tak pernah ada jerebu pun. Apa daya upaya kita kalau Allah nak bagi jerebu? Tidak ada upaya melainkan dengan bantuan Dia. Kita selalunya insaf seketika. Beberapa lama kemudian, kita lupa. Kemudian, muka yang sama sahaja kita jumpa dalam masjid. Muka yang itu jugak. Peringatan dah banyak sangat, tapi kita masih sama. Zalim kan manusia nie?

Cantik sungguh permandangan. Siapa ada kabus lagi kat bukit tuh

     Subhanallah, bila cuaca sangat cantik...baru terasa aman nak keluar rumah dengan anak-anak. Asalnya nak mengunjungi open day satu nursery nie. Rupa-rupanya tersilap tarikh. Sudahnya, berjalan la dengan anak-anak mengikut kehendak hati. Entah macam mana tersampai la kat Pulau Pinang. Pusing-pusing USM kejap tempat matrikulasi dulu, kemudia pusing kat kompleks tabung haji sekejap tempat matrikulasi wife....Pastu cari makan Nasik Kandar la plak. Siap menambah-nambah lagi anak-anak makan...Heheheh...

     Sebab lama tak tengok kapal terbang, kami pun singgah la kat Airport Bayan Lepas. Terjumpa la kawan lama balik. Kawan satu kelas waktu USM dulu. Memang minat dia kat kapalterbang tak pernah luntur walau sedikit pun. Memang dasat member aku nie. Rasanya kalau terpelanting satu skru dari kapalterbang tuh, memang Helmi boleh bagitau kat mana asal skru tuh dalam kapalterbang. Hehehehe..

Bersama Enggineer Helmi
 
      Kemudia kami lajak la sikit ke rumah Helmi nie. Cantik rumah dia. Location kat atas  bukit siap pemandangan depan rumah tuh, memang Nampak airport tempat dia kerja. Itu yang kata Helmi nie passionate sungguh dengan kapalterbang. Lama tak jumpa wife ngan anak-anak Helmi. Yang sulung pun dah darjah 3 dah. Jumpa pulak dengan anak-anak aku, memang menjadi sungguh. Memang tulus bebudak nie...takdak sikit pun dalam hati diorang rasa syak wasangka melainkan ingin bersahabat dengan sapa-sapa sahaja...Hebat.
 
Helmi ada 3 anak pompuan. Dhiya pun suka sangat la tuh

Nie kira tuan rumah boleh skip siram pokok bunga sebulan. Hafiz dengan Husaini dah qada' siap2 dah. Hehehehe...


     Lepas tuh, atas recommendation wife Helmi...kami cari pulak Laksa Janggus kat Balik Pulau. Warung laksa tuh jauh ke dalam kampong sebenarnya. Biasa la jalan kampong, rumah kiri dan kanan sepanjang jalan dan jalan pun sunyi dari kenderaan. Tetiba bila sampai kat warung laksa tuh, mak aii...punya la banyak kereta parking kat kiri kanan jalan. Nak beli pun beratur. Dasat sungguh penangan makanan yang sedap nie.

     Syukurlah kami duduk kat Kulim nie. Seronok betul rasanya bila dekat dengan kawan-kawan, family dan makanan yang sedap-sedap. Ada rezeki, kami akan jalan-jalan lagi kat Bayan Lepas.

No Response to "Baru tahu nikmat langit biru"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...