Sunday, April 3, 2016

Berbasikal lagi

0
     Semalam aku berbasikal lagi. Dah dekat 2 tahun tak pegang basikal mountain bike aku tuh tetiba semalam akhirnya aku pegang jugak. Setelah di servis kat kedai basikal yang agak berwibawa sikit, aku diyakinkan yang basikal aku masih lagi ok dan berfungsi dengan baik sekali. Semua mechanical gear masih berfungsi seperti yang sepatutnya dan tidak perlu ditukar pun kepada yang baru. Yang lain pulak cuma kabel break dan tayar dalam sahaja yang perlu ditukar disebabkan sudah reput. Biasa la tuh kalau dah lama tersimpan dalam stor.

     Semangat nak kayuh basikal nie muncul balik bila balik dari join urban ride kat Politeknik bebaru nie. Mungkin jugak badan rasa selesa setelah masuk 2 bulan lebih besi dalam bahu aku ditanggalkan. Lepas tuh pulak, ada kengkawan yang dok ajak pi kayuh masuk hutan. Jenis kawan yang suka bakar membakar la nie. Bagai orang mengantuk disorong bantal, susah la sikit nak tolak jawabnya. Last-last sekali aku join jugak walaupun agak kegila-gilaan.

     Rumah aku di Kedah dan aku kayuh basikal di Denai Alam, Selangor. Hahahahahaa....

     Kawan-kawan dari Lotus dan Proton nie yang ajak kayuh. Kawan lama dan memang best pun kawan dengan diorang. Masing-masing ada kelebihan yang aku kagumi sejak aku kenali diorang lagi. Kebetulan, ada seorang kawan nama Amin yang bekerja di Shanghai pun join turun berkayuh jugak...apa lagi, memang rasanya nak kena join jugak laaa...

     Group yang kayuh sama-sama nie okay. Dari awal lagi diorang dah maklum limitation aku tapi diorang janji tak tinggal punya. So, ok laaa.. kayuh untuk suka-suka sahaja. Budget dalam 30km lebih kurang, suppose boleh complete dalam 2 jam sahaja. Tapi nak dijadikan cerita...trek yang kami masuk nie memang thrill sungguh. Agaknya dalam musim panas nie memang orang berenti dari berkayuh kot, habis semua single trail jadi semak. Pastu pulak, trail kering sangat menjadikan permukaan tanah yang loose. Payah nak kayuh dan senang nak jatuh. Berapa kali aku tergolek macam nangka busuk dalam hutan tuh. Sian aku.

     Cuaca panas, trek mencabar. Kami jadi cepat penat. Downhill pulak sangatlah menakutkan. Hilang fokus sedikit, confirm boleh injured. Pastu, ada plak yang tayar pancit. 2 kali pulak tuh. Nak jadi cerita lagi, trek lama hilang sebab ada pemaju dah tolak tanah kat situ. Habis semua pokok dah hilang. Yang tinggal cuma padang jarak padang terkukur. Dah la lapang, panas pulak tuh. Memang letih tak ingat. Stamina memang hancus laa...yang tinggal cuma mental ja lagi. Tapi mujor la sampai jugak. Kalau lambat sikit rasanya bukan takat stamina, dengan mental pun boleh pancit.

     Serik...sangat serik. Tapi bila dah keluar hutan, serik bertukar jadi pengalaman manis. Biasa la, itulah asam garam orang bandar masuk hutan. Heheheh...baru tahu nak bersyukur dengan nikmat air dan roti canai. Selesai la sudah trip kali nie. Masuk hutan jam 8.00 pagi...keluar jam 2.15 petang....memang kena sungguh.

Muka fresh lagi sebab baru mula. Kat depan UiTM Puncak Alam

Amin

Nie pun ok lagi rasanya...baru nak masuk hutan

Sesat punya pasal...angkat la basikal tuh naik bukit

Siap boleh stop dulu cari mamak. Panas cukup

Pancit yang pertama. Abang Ma'e tuh dah 55 tahun umur dia. Stamina macam orang muda

Layan tayar pancit dulu

Nie pun baru nak mula nie...

Nie dah suku jalan. Letih gila. Tinggi pulak rasanya bukit nie

Monday, March 21, 2016

Jamboree pertama selepas sekian lama

0
    

     Lama sungguh tak naik basikal. Lama sungguh rasanya tak redah hutan, memanjat dan menuruni bukit dalam redup hutan. Sejak aku accident bulan lapan tahun 2014...inilah kali pertama aku naik basikal dan join jamboree. Lama sungguh rasanya tuh.

     Kebetulan sebelum accident dulu, aku ada join jamboree Denai Alam yang memang mencabar. Jalannnya becak dan basah serta licin. Banyak basikal yang tak dapat meneruskan perjalanan disebabkan selut dah masuk ke dalam gear set basikal. Mujur jugak basikal aku tak sangkut. Dapat jugak aku habiskan keseluruhan laluan jamboree tuh setelah beberapa kali sangkut dalam hutan sebab banyak sangat basikal yang rosak disepanjang perjalanan. Track dalam hutan pulak single trail. Kalau basikal depan rosak, habis semua basikal belakang kena berenti.

     Walaupun akhirnya aku dapat habiskan jamboree Denai Alam tuh, kiranya teruk jugak basikal aku kena selut. Lepas tuh lambat pulak basuh dengan air, sedar-sedar....gear set aku dah jem. Takleh dah nak shift gear. Tak lama lepas tuh, puasa pulak. Lepas puasa aku pun accident. Dan sehinggalah hari ini, basikal aku tak hantar servis pun lagi. Sian basikal aku.

     Sebenarnya, memang teringin dah nak masuk jamboree sebelum nie tapi tak confident. Tapi bila buang sahaja besi dari klavikel aku nie, rasa macam confident pulak nak buat-buat kerja berat dan aktiviti lasak. Itu yang boleh masuh jamboree tuh walaupun tak training.

     Jamboreen urban nie dianjurkan oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Jamboree kecik2 sahaja, tak boleh promote sangat. Bila sampai bab basikal nie, naik banner sikit kat jalan yang busy sket, for sure ramai yang akann join. Takut urus setia pening ja. So, jamboree urban nie kira panggil yang mana kenal-kenal sahaja.

     Aku pun masuk last minit. Basikal pun pinjam yang jiran punya. Dah la tak training, track pun aku main belasah jaa...Apalagi, tersembam la dua kali sebelum jadi pandai. Hehehehe....walaupun letih tapi aku puas hati. Nanti nak hantar basikal aku pi servis dulu. Baru la lepas nie boleh training lagi. Hehehehe...

Sunday, March 20, 2016

Equinox and El Nino

0
     Sejak masuk bulan Mac tahun nie, cuaca di Malaysia menjadi sedikit panas jadinya. Asalnya Malaysia cuma terkesan dengan situasi El Nino yang disebabkan oleh suhu air laut di kawasan lautan pasifik. Kemudian, keadaan ini ditambah pulak lagi dengan kejadian equinox yang bakal berlaku sehari dua nie. Keadaan dimana matahari akan berada tepat di garisan khatulistiwa buat beberapa hari sementara beralih ke kedudukan yag seterusnya. Jadinya, kalau ikut bahasa...kita nie kena double whammy punya kepanasan. Panas dari laut kerana El Nino dan panas dari matahari kerana kejadian equinox. Yang pasal equinox tuh memang boleh aku accept la tapi bila bab El Nino tuh, aku pun sedikit confuse sebab Semenanjung Malaysia nie terlindung dari lautan pasifik. Sepatutnya kena Sabah dan Sarawak dulu. Entahlah, dah itulah ceritanya dalam media arus perdana. Layan ja la.

     Disebabkan musim panas nie, banyak gambar-gambar yang aku terima dari kawan-kawan sekitar utara tanahair menunjukkan tali air di sawah-sawah sudah kering sekering-keringnya. Kalau kat Malaysia sekarang ini, Chuping Perlis adalah kawasan yang paling panas dengan mencatatkan suhu 39 darjah celsius. Kedah pun tak terkecuali, cuma lari sedikit sahaja dengan Chuping.

Data diambil dari www.weather.com

     Kesian anak-anak aku kat sekolah. Kat KAFA pun kesian jugak. Musim-musim panas sebegini, harapnya anak-anak aku bersabarlah. Baru panas dunia. satu per tujuh puluh dari kepanasan neraka. Moga-moga kita semua pakat-pakat bersabar atas dugaan ini.

     Kalau anak-anak yang dah besar tuh, boleh la kita suruh-suruh supaya minum air banyak-banyak. Tapi bila yang kecik-kecik nie, bukan boleh main paksa-paksa. Kalau taknak minum tuh, tak payah la nak suruh-suruh lagi dah. Buat bergaduh pulak kalau dok paksa-paksa.

     Tapi yang pastinya yang kecik-kecik nie pandai cari bilik air. Bila dia panas, dia akan mandi sendiri-sendiri kat bilik air. Kita pun, dah musim panas macam nie...tak patut pulak nak menghalangnya. Tapi kalau dah sehari sampai 5-6 kali mandi, pening jugak kepala. Kemudian, bila mandi tuh...bukannya sikit-sikit air. Mula-mula diorang basuh dulu seluruh bilik air. Kemudian barulah nak gosok gigi la, syampoo la, mandi la, berenang la, nyanyi la...berbagai lagi kaedah mandinya. Habis semua paip air dibukaknya.

     Rasa kesal pun ada bila berlaku pembaziran sebegitu. Memang anak-anak dalam kepanasan tapi itu tak memberikan lesen untuk aku dan anak-anak membazir air. Sedang anak-anak aku sejuk dalam air tawar yang menyegarkan, ada segelintir manusia di sudut dunia nie kebuluran dan kehausan kerana tak minum air. Disatu sudut yang lain pulak, ada petani yang menangis mengenangkan tanamannya bakal mati kerana ketiadaan air.

     Itulah kekesalan aku. Yang dapat aku zahirkan pada anak-anak hanyalah " jangan membazir. Membazir kawan setan. Mandi sekadar mandi sahaja, bukan main air". Entahlah, harapnya masing-masing kita bertanggungjawab dan ambil beratlah terhadap setiap perkara yang kita kerjakan. Bukannya niat aku nak marah anak-anak pun. Semoga anak aku paham suatu hari nanti.

Thursday, March 17, 2016

Setahun Sudah Berlalu

0
     Sedar tak sedar, dah setahun aku bekerja dalam karier yang baru nie. Alhamdulillah, beberapa KPI penting tahun lepas dapat jugak aku capai menjadikan keseluruhan pencapaian agak memberangsangkan. Tapi terus terang cakap, masih banyak lagi yang perlu aku pelajari.

     Sebenarnya, aku masih teringat lagi tentang kerja-kerja lama aku sebagai automotive design engineer. Lama tuh aku berkecimpung dalam bidang automotive nie. Banyak sangat yang aku belajar sebab memang minat dalam graphic dan engineering. Sekarang nie pun, masih lagi dok contact dengan kawan-kawan dalam industri. Kengkawan pulak ramai yang dah advanced. Especially yang kerja kat luar negara tuh, banyak yang share perception baru pasal industri automotive nie. Memang menarik dan sangat mengujakan.

     Kalau sesuatu bidang yang kita minat kemudian kita dapat expand lagi knowledge kita, those are just some of important things that keep us improving in work. Macam contoh kawan-kawan aku yang kerja kat oversea, diorang dapat peluang untuk belajar benda-benda baru dalam automotive engineering. Perspektif diorang jadi lebih terbuka dan luas. Tambahan pulak gaji tinggi yang ditawarkan kat sana, pastiya menambahkan lagi motivasi diri. Kerja pun seronok, duit pun banyak. Memang la ada sedikit pressure kat situ dan beberapa masalah lain but again, in order to make our learning curve to have a significant climbing related to time, we need to be adventurous. Teknologi sentiasa berubah dan untuk mana-mana individu yang enggan berubah, pasti akan tertinggal. Contohnya, teknologi sekarang nie, sapa sangka yang tengah consider nak pakai kertas untuk buat hood kereta. Innovatif sungguh.

Projek terkahir sebelum bertukar bidang.

     Tapi menghasilkan kereta bukanlah lagi menjadi keutamaan aku. Aku dah tukar kerjaya dan inilah jalan yang aku pilih. Aku dah maklum sebelum ini bahawa jalan aku pastinya sedikit sukar kerana aku kena mula balik dari bawah. Foundation dalam research memang, sempoi-sempoi sahaja. Bab pedagogy memang la celaru terus. Kemudian, bilangan paper yang dah publish pulak...hahahha, memang sedih la. Jauh sungguh aku nie.

     Tapi itulah ceritanya. Inilah jalan yang aku pilih kerana aku ada agenda lain dalam hidup aku. Aku sangat berharap aku dapat menyampaikan ilmu yang berguna kepada orang ramai. Tujuannya, agar aku beroleh kebaikan yang lebih baik lagi dari gaji yang banyak dan kehidupan expatriate. Baru sedar sekarang nie kena banyak berkorban. Moga-moga dipermudahkanlah. Moga-moga tak berubah la niat aku nie hendaknya. Kerja bukan untuk KPI. Singkat sungguh kalau aku ada pemikiran begitu. 

Thursday, March 10, 2016

Dilarang muat naikkan gambar anak dalam Internet

0
France : Putting your child's photo on FB could be a criminal offense. 

French parents have been warned that they could face future legal action from their children if they post pictures of them on social media without their permission.

Under France's strict privacy laws, parents could face up to a year in prison or fines of up to €45,000 (£35,000) if found guilty of publishing intimate details of the private lives of others, including their children, without their consent.

Sumber :  International Business Times. Click here for the link

     Rasanya, aku la yang paling banyak sekali muat naikkan gambar family aku dalam internet nie. Kalau la aku duduk kat Perancis, boleh kena saman la aku jawapnya. Tapi memang betul pun, dengan macam-macam kretiviti dalam dunia jenayah dua tiga menjak nie, memang memuat naikkan gambar anak-anak dalam internet adalah satu perkara yang membahaya. Aku pun sebenarnya dah jadi skeptik sikit apabila membaca berita-berita arus perdana. Rasanya, kena restrict access la...tak boleh jadi public dah. Bahaya




Monday, February 29, 2016

Muhaddith muda

0


     Saja nak masukkan clip dari YouTube bagi entry kali nie. Ada sebuah pertandingan para penghafal hadis. Tak tahulah di mana atau bila. Asalnya pun, aku tahu melalui video yang viral dalam whatapps. Subhanallah, sungguh sangat hebat adik Jihad bin Mut'ib bin Isa Al-Maliki. Sejujurnya, aku takut bila mengenangkan kedudukan aku di akhirat kelak apabila dibandingkan dengan adik Jihad. Video nie akan aku simpan supaya jadi tanda ingatan untuk aku agar aku sedarkan diri sedikit. Agar tunduk dan tidak sombong.

https://www.youtube.com/watch?v=c2VEzyFiKSY
https://i.ytimg.com/vi/riiqZ3IxrUM/maxresdefault.jpg

Monday, February 22, 2016

Selamat Hari Lahir Hazwan

1
     Jarang-jarang sekali aku update pasal hari lahir anak-anak nie. Mungkin sebab bila sampai harijadi sapa-sapa dalam family, kami cuma makan-makan kat luar sahaja kot. Bila dah keluar tuh, paham-paham ja la. Susah sikit nak bawak camera berbagai.

     Tapi kali nie update sikit pasal harijadi Hazwan. Asalnya, wife aku cuma nak buatkan kek chocolate moist saja untuk sebagai majlis ala kadar antara kami anak-beranak. Entah kenapa Hazwan pulak tiba-tiba ringan mulut dok ajak kawan-kawan dia semua datang rumah. Dah menggelabah pulak wife aku nak kena prepare barang makanan untuk orang datang. Mujur jugak malam tuh ada pegi shopping sket kat, kalau tak...jamu air sejuk dengan biskut saja la.

     Daripada nak buat kek sahaja, wife aku masak bihun goreng, nugget, keropok, potong buah, buat air oren dan entah apa-apa lagi yang dihidangkan. Tepat pukul 6 petang, kawan-kawan Hadi, Hazwan dan Hafiz pakat-pakat datang semua ke rumah. Bermula la episod melayan tetamu dari kami tuan rumah.

    Hadi tukang layan bahagian entertainment. Habis dibukaknya YouTube dengan movie kat TV. Hazwan pulak dok memanggil orang datang rumah. Pandai pulak dia tukar baju sebab nak bagi elok sikit katanya. Hafiz.....well Hafiz nie memang lejen. Dia tukang amik attendance plak. Habis semua orang kena lapor diri kat Hafiz. Apa punya kaedah la Hafiz nie. Husaini pulak, dia tukang makan sama naik dengan tetamu. Dhiya tido. Letih sangat agaknya. Kemudian Haziq, being the smallest person in the group, dia dok kacau semua orang yang datang makan. Tapi Haziq la yang nampak happy sekali sebab ramai orang datang rumah.

Hafiz amik attendance.

 Hazwan dan kawan-kawannya

Potong kek sket

 Semua dah tak sabar nak makan dah

Bismillah...

Haziq dah makin ligat dah

Tak sempat nak snap gambar, dia dah sampai dulu

Haziq tunjuk skill baru dia. Dah boleh berdiri

Tak habis-habis ngan attendance dia tuh. Heheheh

Entertainment manager tengah layan kawan-kawan dia tengok movie

Haziq sorang ja ada eye contact ngan camera. Hehehehe

     Majlis selesai dalam masa sejam lebih sahaja apabila hari menjelang senja. Rasanya, wife aku bangga sebab habis bihun goreng dan kek dia kena makan dengan tetamu yang hadir. Bihun goreng siap kena kikis lagi dari bekas hidang. Kembang sekejap wife aku...Hehehehe..

     Selamat Hari Lahir yang ke-9 Hazwan. Moga kejayaan menjadi milikmu di dunia dan akhirat sana. Amin.

Tuesday, February 16, 2016

Besi Sudah Cabut

5

     Gambar besi dalam bahu sebelum operation. Dah setahun lebih aku simpan besi nie kat atas bahu tuh. Siap ada 5 paku lagi. Kini, sudah tiba masanya aku nak keluarkan balik besi nie. Jeng..jeng...jeng..

     Sebenarnya, tak payah keluarkan pun tak apa. Tak jadi masalah pun pada masa hadapan (kalau ikut kepada nasihat Dr la). Tapi, setahun yang lalu aku ada ajukan soalan kepada Dr yang masukkan besi nie ke bahu aku. Aku tanya, apa explaination Dr tentang cakap-cakap orang yang ada besi dalam badan, kemudian dia rasa sakit waktu sejuk. Rasa sakit waktu kilat dan sebagainya. Dr cakap, itu biasa terjadi kat orang tua. Kat orang muda tak rasa apa-apa punya. So, kalau awak nak buang besi tuh, baik buang waktu muda.

     Itulah pesan Dr yang masukkan besi dalam bahu aku. Logiknya, memang ada kebenaran dari kenyataan dia. Bila muda memang kita boleh tahan lagi, tapi bila tua...badan akan jadi lemah. Semuanya akan mula terasa nanti. 

     Alasan yang kedua pulak, aku nie kurus sangat. Kat tulang klavikel tuh, memang kulit dan tulang sahaja. Takdak daging pun. So, bila ada besi yang agak protruding kat bahu tuh, nampak obvious. Aku pun perasan bila besi tuh bergesel dengan kulit waktu anak-anak nak dukung dari belakang, memand ada rasa pedih pada bahu especially kat kawasan besi tu. 

     Itulah sebabnya berani kan diri untuk operation nie. Belasah ja laa..
   
 
     Alhamdulillah, besi dah keluar. Besar jugak rupanya besi tuh. Ingat kecik ja. So sekarang nie, masih lagi dalam recovery period. 4 hari ja recovery. Sudahnya, aku bawak family aku pegi ke Langkawi. Kebetulan ada conference kat sana, belasah ja la. Sakit ka tak sakit ka, janji tak tercabut bahu sudah..

Monday, February 15, 2016

Selamat Penganti Baru Cik Din

0
     Raya Cina tahun nie, kami sekeluarga bercuti selama 9 hari la jugak. Mengalahkan Cina yang beraya. Bukan apa pun, sebabnya kami membantu dalam memeriahkan majlis perkahwinan Cik Din, adik kepada wife aku.

     Cik Din nie kahwin dengan orang Jerteh jugak. Makanya majlis di kedua-dua rumah berlaku dalam masa 3 hari sahaja. Letih la sikit sebab banyak persediaan perlu dibuat dalam masa yang singkat.

     Nak mintak jadi official photographer memang tak boleh la. Sapa nak tolong angkat lauk-pauk untuk kenduri nanti? So, takdak la planning apa-apa pun untuk story line ka, conceptual shot ka atau apa-apa sahaja. Tapi nak dijadikan cerita, ada la plak request untuk buat sessi outdoor dengan pengantin. Beriyalah sangat masuk ke dalam hutan pokok rhu untuk shot yang agak best sket. Baru snap tak sampai 30 gambar, tetiba bateri camera pun habis. Hahahahah.....Charger camera plak tak bawak sebab tak plan pun nak jadi photographer. Nasib baik la outdoor kat hutan, kalau kat bangunan tinggi...rasanya ada yang masuk paper sebab frust terjun bangunan kot. Hehehehe.. Sian Cik Din. Mujurlah ada 2-3 shots yang ok. Penat jugaklah nak edit. Disebabkan rasa bersalah, aku berjanji pada diri sendiri untuk repeat balik outdoor session ngan Cik Din dalam masa terdekat nie. InsyaAllah.

Lupa dah setting untuk outdoor..

     Tapi apa-apa hal pun, cuti panjang gak yang best. Bawak anak-anak main pantai. Walhal ombak punyalah kuat. Bendera merah pun dah naik kat pantai tak kasik orang turun mandi. Belasah jer la. Bukan nak berenang sangat pun. Nak basuh-basuh kaki ja...Heheheh..

Glamer sangatlah dengan selpiaq sekarang nie

Muka terbaru Haziq. Dah pandai berdiri tapi tak pandai tatih lagi..hehehe

Saturday, January 30, 2016

Sekitar hari perkahwinan sepupu di Skudai

0
     Untuk Nani, selamat pengantin baru. moga kekal bahagia dunia dan akhirat. Untuk tokey brand Akudesign, bangga arr dapat sepupu macam korang. Hehehehe..














Friday, January 15, 2016

Cerita Januari 2016

0
     Kalau nak diceritakan semua perkara yang berlaku dalam bulan December 2015 sehingga hari nie, memang banyak. Bermula dari majlis perkahwinan sepupu kat Skudai yang menyebabkan kami sekeluarga travel dari utara tanahair hinggalah ke selatan Malaysia. Balik tuh, singgah kat Melaka menemui makcik yang ada di sana. Singgah sebentar di Bandar Springhill, Port Dickson untuk semalam. Teringat pulak kenangan manis suka dan duka kat situ. 10 tahun punya cerita, memang sayu saja tengok rumah tuh. Kemudian ke KL sebab menemani abang yang nak bercuti di sana. Pastu dari KL, terus balik ke Besut pulak. Hinggalah kami balik semula ke rumah kami. Memang sungguh-sungguh punya cuti sekolah. Baru nak abis penat, sambung pulak lagi dengan mencari barang-barang persekolahan. Bila masuk Januari pun, masih lagi berada dalam gear 5. Semua perkara perlu dibereskan segera.

     Hmmm...dua hari yang sudah, baru sahaja buat operation kat KPJ Bukit Mertajam bagi mengeluarkan besi yang ada dalam bahu kiri aku tuh. Dua malam jugak duduk kat hospital. Gambarnya, akan di upload kemudian.

     Hari nie, nak cerita benda lain pulak. Kalau bercerita bab sibuk memanjang, memang tak habis jadinya. Sewaktu di kampung atuk aku dahulu, ada seorang lelaki yang kami panggil dia dengan nama Manap. Ayah Manap nie, seorang yang istiqamah dalam perkara menghidupkan masjid. Cikgu Ghani nama dia. Tapi orang kampung shortform kan sahaja jadi Cikgu Ani.

     Cikgu Ani nie baik orangnya. Ke hulu ke hilir dengan serban putih di kepala. Sangat jarang aku lihat dia bersembang di kedai kopi. Tak seperti kebanyakkan orang-orang kampung yang lain. Dia tak suka buang masa. Namun Allah uji dia dengan anaknya, Manap. Walaupun dalam lingkungan umur 30-an, Manap mempunyai pemikiran yang lebih kerdil dari anak-anak kecil. Manap tidak normal. Seringkali, dia akan berjalan keliling kampung dengan hanya berseluar jerut tanpa baju. Dia sangat dikenali diseluruh kampung. Dia suka menegur orang namun, tidak ada perkara serius yang dapat dibincangkan dengan Manap.

     Ada satu ketika dia mengisytiharkan bahawa nama dia telah ditukar menjadi Shah. Sejak dari itu, dia tidak senang apabila orang memanggilnya Manap. Bila dipanggil Shah dia akan menyahut, bila dipanggil Manap dia akan berlalu pergi.

     Aku kenal Manap sejak dari kecil lagi. Mungkin sejak dari hari pertama aku bertutur dalam dunia ini. Aku membesar dari budak kecil kepada remaja. Dari sekolah ke universiti. Dari bujang hingga berkeluarga. Perubahan berlaku dalam hidupku saban tahun sesusai dengan usia ku yang meningkat. Tapi bagi Shah, dia masih sama seperti dahulu. Seluar jerut dan tidak berbaju. Masih berjalan keliling kampung dan menegur setiap insan yang dia kenali.

     Ada cerita lucu mengenai Shah bila dia jatuh hati dengan seorang guru perempuan yang mengajar di kampung aku. Cikgu ini dari kampung lain dan setiap hari akan naik bas ke kampung aku. Khabarnya, Shah akan tunggu setiap hari di stesen bas kampung aku untuk berjumpa dengan cikgu perempuan tersebut. Tapi akhirnya, Shah frust jugak sebab cikgu tuh telah berpindah sekolah.
    
     Kalau dilihat secara zahirnya, memang jelas Shah berada sangat terkebelakang. Tak ada perempuan pun nak kan kat dia. Cikgu Ani mungkin susah hati memikirkan anaknya sedemikian rupa. Aku hanya dapat membayangkan tapi aku tak dapat mengetahui dengan mendalam melainkan keluarga Cikgu Ani sendiri juga yang memahaminya.

     Lama sungguh tak jumpa Shah. Disember tahun 2015, ada berita mengatakan Shah sedang nazak dan berada di hospital. Ada gambar dikirimkan melalui whatapps oleh makcik-makcik aku. Selang beberapa hari, Shah akhirnya dijemput oleh Ilahi.

     Shah aka Manap

     Di dunia Shah mungkin tak merasai penghormatan yang mulia. Tapi aku yakin, dia sedang bahagia di sana. Shah orang yang baik, cuma dia tidak normal pada pandangan manusia. Sebuah definasi ciptaan untuk membeza-bezakan kita. Hal Shah di atas dunia sudah pun selesai. Pastinya bagi Shah tempat yang baik sebagai balasan kekurangannya di atas bumi. Berbahagialah Shah. Moga kita bertemu lagi dalam suasana yang lebih baik. Amin.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...