Sunday, December 6, 2009

Ikan Bakar Umbai, Melaka...

1
Sekarang nie, kerja kat opis berlambak gila..Hari rabu minggu lepas, aku balik dari opis pukul 11.30malam. Esok paginya, pukul 6.45pg dah terpacak depan PC. Memang tak masuk akal sungguh. Letih rasa badan. Tapi nak wat camna, aku ada dateline yg kena kejar. Bukan aku sorang ja, satu opis pun macam tuh..

Ingat nak reward la diri aku sket. Pi la kedai tomyam yg aku selalu pi kat Seremban tuh. Tapi nak jadikan cerita, tutup la plak hari Khamis tuh.Terpaksa la beli dari kedai sebelah. Yg tak bestnya, dah la lambat (orang takdak pun, tak paham la apsal lambat), mintak lain dapat plak yg lain. Pastu plak tak sedap langsung. Terguris sungguh hati aku minggu lepas. Sedey giler...

So, aku nekad nak makan ikan bakar yg best. Aku bawak family aku pi Umbai. Kebetulan plak adik Huda pun datang umah, dengan dia sekali aku angkut. Punyalah ramai orang kat Umbai tuh macam hari penamaan calon la plak. Tapi mujur order sampai cepat. Tak macam kat Seremban, lambat giler..

Alhamdulillah, ikan bakar semua sedap2 belaka. Tak sempat aku nak capai kamera, habis licin kena sental ngan wife + adik ipar aku...Ini takleh jadi, aku kena lupakan kamera kejap. At the end, tader pun satu gambar ikan bakar yg aku tangkap malam tuh..tapi takpa, janji terubat kesedihan aku minggu lalu..

nie ada gambar sebahagian kedai2 ikan bakar kat Umbai yg aku snap dari tempat parking aku..(satu gambar jer)


1 Response to Ikan Bakar Umbai, Melaka...

December 9, 2009 at 2:08 PM

nasib la takde gambar ikan bakar tu, kalau tak mesti helmi berair mulut macam orang peknen. hehhee.. minggu ni aje dah baper kali sebut nak makan char kuey tiaw...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...