Ada dengar dalam satu kuliah Subuh kat Springhill nie. Ustaz yang menyampaikan kuliah tuh Ustaz Zulkarnain, seorang ustaz yang memang tinggal berdekatan. Aku pun sebenarnya ingat-ingat lupa jugak tapi ada satu perkara yang membuatkan aku terfikir. Ustaz Zulkarnain cakap, Imam Al-Ghazali ada menulis dalam bukunya tapi aku tak ingat tajuk buku tersebut. Dalam buku tu tertulis bahawasanya harta yang kita dapat ini sebenarnya dikongsi oleh 3 perkara:-
1.) Ahli keluarga :
Harta benda yang kita perolehi nie sebenarnya ditunggu-tunggu oleh ahli keluarga kita. Bila sampai sahaja ajal, makanya ahli keluargalah yang akan mendapat harta pusaka dari kita.
2.) Qada' dan qadar :
Boleh jadi bila kita dapat sahaja harta kita, ada sahaja perkara yang berlaku. Umpamanya, baru sahaja dapat gaji pagi tadi tiba-tiba, bila petang nak balik rumah..kereta pula accident. Makanya, duit gaji kita tadi bertukar tanganlah ke tangan mekanik, kereta tunda dan sebagainya.
3.) Diri kita sendiri
Perkara yang ketiga lah, barulah harta itu dikongsi oleh diri kita sendiri.
Nak dijadikan cerita, baru sahaja aku ke negara China...dapat berita dari isteri mengatakan yang rumah kami di Springhill dinaiki anai-anai. Seribu lebih jugak kena bayar kat orang yang inject chemical dalam tanah tuh.
Balik sahaja ke Malaysia, hairan sebab bil air tinggi...tak seperti kebiasaan. Rupa-rupanya, paip bocor dalam tanah. Mujur la perasan kebocoran tuh waktu tak critical lagi, ketika bil air baru cecah RM60 selama 2 bulan berturut-turut. Selalunya, RM15 tuh kira dah mahal sangat la tuh.
Jadinya, terpaksalah panggil plumber mintak tolong settle kan masalah paip nie. Mujur la ada kawan plumber kat sini. Terpaksalah bypass paip bawah tanah tuh. Lepas nie, akan terang lagi bersuluh lah saluran paip dari meter ke rumah aku. Plumber mintak RM1000. Itu kira murah tuh. Ada kawan di Shah Alam dekat dengan kawasan Politeknik Shah Alam..bil air dah cecah RM1200. Bila nak re-route paip baru, dia mintak plumber hack dinding rumah. Nak sembunyi paip dalam dinding la. Sekali kena RM2000 lebih jugak. Kan tak memasal namanya tuh.
Tak kisahlah apa pun. Janji semuanya selesai dan selamat. Sudah cukup syukur aku ada bumbung untuk berteduh bersama isteri dan anak-anak aku. Alhamdulillah...yang pastinya, aku cuti hari nie..hehhehe
How to Have a Productive Day Working from Home
4 years ago
2 Response to Harta dikongsi 3 perkara
:D.. Thanks for the perkongsian ilmu.. sgt membantu sy supaya berlapang dada.. idak le asik ngompelen aje kerja an nyer...
saya pun budak baru belajar la Ghazi..sama2 kita share ilmu
Post a Comment