Friday, September 3, 2010

Ramadhan dan Rindu

3
Pejam celik, pejam celik..tinggal lagi seminggu ja lagi nak sambut Hari Raya. Tak terasa masa berlalu begitu pantas. Mula-mula waktu hari pertama puasa, rasa macam lama sangat nak habis bulan Ramadhan. Tapi bila dah hujung-hujung nie, baru sedar rupa-rupanya sekejap sangat masa meninggalkan kita. Moga kita ambil iktibar sebanyak yang mungkin buat pedoman untuk hidup.

Tahun nie terasa Ramadhan sedikit panjang. Sebabnya, duduk berjauhan dengan keluarga. Dari sehari ke sehari terasa lambat sangat masa berlalu. Bila masa terasa lambat, maknanya diri sedang merindui isteri dan anak-anak laa jawabnya….nak buat macam mana, hidup bukanlah miskin sangat tapi hati kaya dengan kasih sayang..hehhehehe...

Bila dikenang balik, rasa macam tak terbalas pengorbanan seorang isteri kepada suami. Betapa mulianya seorang isteri bila diwajah nampak biasa dan redha terhadap kepergian suami. Sedangkan dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Itulah sokongan yang aku dapat dari isteri aku. Diwajah dia penuh senyum waktu aku nak ke China sepanjang Ramadhan. Tak sikit pun berganjak memberikan sokongan kat aku supaya aku dapat terus fokus pada kerja sedangkan dia melayan anak-anak bertiga tuh tanpa mengadu pun kat aku. Tak terbalas…sangat tidak terbalas.

Hati tersentuh bila Hadi dah pandai urut belakang Mama bila waktu tengok tv. Hazwan plak, pandai mengurut kaki Mama. Paling tidak, letih Mama jadi kurang disebabkan ihsan anak-anak. Hafiz seperti biasa, suka mengemas rumah. Seronok dengar cerita telatah anak-anak dari mulut isteri. Rasa nak pulang secepat mungkin ke Malaysia.

Takpa, 2 minggu ja lagi…

Rindu kat Mama
Rindu kat dua orang nie...
Last sekali, rindu kat budak bulat nie...hehhehhehe

Perkembangan terbaru, anak-anak aku dah pandai video call dah...bagus jugak kan..

3 Response to Ramadhan dan Rindu

September 4, 2010 at 6:40 PM

Sabar ya Onn.. lagi 2 minggu saja lagi, Insyallah family Onn smuanya okay.. rindu yea? rindu kat mama yea? hmm.. rindu ada makna tu.. huahuahua.. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf lahir & batin..

Dear
September 5, 2010 at 6:22 AM

counting down.. 15 days left..

September 6, 2010 at 8:34 AM

Selamat hari raya aidilfitri abang E...maaf zahir dan batin...

- counting days -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...