Thursday, March 17, 2011

Allah is Calling

3
Alhamdulillah, kali ini bukan setakat buku sahaja tapi sangat bertuah kerana dapat berjumpa, berjabat tangan dan mendapat tandatangan daripada penulisnya sendiri.
Tidak seperti tajuknya yang berbahasa Inggeris, buku ini sebenarnya ditulis dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Secara kesuluruhannya, buku ini terbahagi kepada 2 bahagian.

Pada bahagian pertama, Ustaz Zainudin menyajikan kisah-kisah insan hebat dari barat yang mendapat hidayah dari Allah. Dalam keadaan Islam mendapat gambaran yang negatif dan miskin di mata orang-orang barat, tidak ada sesuatu pun yang memaksa mereka untuk memeluk Islam melainkan Allah jualah yang telah memberikan hidayah kepada mereka. Sungguh menakjubkan apabila insan-insan barat yang dipaparkan ini bukanlah insan kebanyakkan melainkan insan-insan yang mempunyai pengaruh yang hebat di negara-negara mereka. Antara insan-insan ini adalah Leopold Weiss, seorang Yahudi yang menjadi duta Poland dan Yvonne Ridley, seorang wartawan terkenal di Britain.

Pada bahagian yang kedua pula, Ustaz Zainudin telah membincangkan tentang analisis global berkenaan perkembangan Islam diseluruh dunia. Analisis juga ada membincangkan tentang masalah-masalah dasar berat sebelah yang dialami oleh umat Islam seluruh dunia dibawah pemerintahan orang bukan Islam. Analisis ini dapat membuka mata pembaca yang seringkali hanya mendapat liputan media massa yang menyembunyikan perkara-perkara sebenar dari pengetahuan dunia.

Buku ini dapat dijadikan sumber motivasi bagi kita agar bersyukur kerana dilahirkan dalam Islam. Informasi yang diberikan juga adalah amat berguna supaya kita enjadi lebih peka dengan apa yang berlaku dalam dunia sekarang ini.

Gambar Ustaz Zainudin dalam salah satu sessi ceramahnya

3 Response to Allah is Calling

March 18, 2011 at 6:31 PM

InsyaALLAH.. akan kumiliki.. Bro cilok picture..

March 20, 2011 at 4:17 AM

buleh....

April 7, 2011 at 9:59 PM

Salam bro, baru dengar review kat IKIM.fm, terus google..jumpe gambo uztaz Zainudin. masuk blog bro...tq bro. Salam Ukhwah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...