Monday, March 7, 2011

Marwa Ali El-Sherbini

2
Sedih apabila terbaca sebuah cerita mengenai nasib seorang wanita Islam di Jerman. Peristiwa kejam ini pernah menggemparkan dunia satu ketika dahulu. Ramai menyifatkan kematian wanita ini sebagai syahid kerana mempertahankan agama.

Marwa Ali El-Sherbini merupakan rakyat Mesir yang dilahirkan pada tahun 1977. Beliau memperolehi Ijazah dalam bidang Farmasi dari Universiti Alexandria, Mesir. Pada tahun 2005, beliau mengikuti suaminya, Elwy Ali Okaz yang melanjutkan pengkajian PhD di Jerman.

Pada tahun August 2008, Marwa Ali El-Sharbini dilaporkan telah berperang mulut dengan seorang lelaki Jerman bernama Alex Wiens di taman permainan kanak-kanak. Ini disebabkan kerana mereka berebut buaian untuk anak lelaki Marwa dan anak saudara Wiens.

Di dalam pertelingkahan tersebut, Wiens telah mencaci dan menghina Marwa yang memakai tudung dengan kata-kata caciannya seperti ‘pelacur islam’ dan ’pengganas’. Marwa merasakan yang Wiens menghina Islam lalu beliau mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman Wiens.

Dalam samannya, Wiens dikenakan denda oleh mahkamah Dresden sebanyak €780. Dalam perbicaraan itu, Weins menegaskan yang tindakannya adalah wajar kerana orang seperti Marwa bukanlah manusia maka cacian pun tidak layak diterima oleh “orang sepertinya”. Menunjukkan bahawa Marwa sepatutnya menerima perkara yang lebih buruk lagi dari cacian.

Mendengar penghinaan baru ini, Marwa ingin membawa kes ini ke peringkat yang lebih tinggi. Ketika tuduhan dibacakan di mahkamah di Dresden, hanya 9 orang sahaja yang berada di dalam mahkamah tersebut. Apabila selesai prosiding mahkamah, Marwa yang mula berjalan keluar dari mahkamah tiba-tiba diserang oleh Weins. Beliau ditikam sebanyak 18 kali. Suami Marwa yang cuba menghalang Weins juga ditikam beberapa kali. Seorang polis yang kebetulan menjadi saksi pada satu prosiding yang lain dipanggil untuk membantu. Namun polis tersebut menembak suami Marwa dan bukannya menembak Weins.

Marwa Ali El-Sherbeni meninggal dengan serta-merta pada 1 Julai 2009 kerana kecederaan yang teruk. Beliau mengandung 2 bulan sewaktu kejadian. Suaminya pula koma selama dua hari dan terpaksa menjalani terapi selama beberapa minggu. Anak mereka yang berusia 3 tahun juga berada di tempat kejadian dan menyaksikan segalanya.

Sungguh zalim perlakuan seorang manusia hanya kerana mereka membenci Islam. Sedangkan Marwa hanyalah menjalankan tanggungjawagnya dengan memakai pakaian yang sopan seperti apa yang diperintahkan agama, namun dia dibenci dan akhirnya dia dibunuh dengan kejam sekali.

Sedangkan kita umat Islam menghormati sesiapa sahaja yang datang ke negara kita walaupun pakaian mereka menjolok mata dan tidak menghormati agama kita. Siapakah yang lebih tertutup mindanya dalam perkara ini?

Namun cerita ini tidak mendapat banyak liputan dalam media arus perdana pada waktu itu kerana kematian Micheal Jackson lebih mendapat lipuatan yang luas.

2 Response to Marwa Ali El-Sherbini

March 10, 2011 at 8:49 AM

isk, bab yang anak dia tgk tragedi tuh yang tak tahan tuh...

March 12, 2011 at 1:34 AM

itu la pasal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...