Inilah pertama kali aku membaca sebuah buku yang seperti ini. Tak pernah lagi rasanya membaca sebuah buku bagai membaca skrip untuk pelakon. Sungguh, genre buku yang aku beli kali ini, sangat berlainan dengan buku-buku lain yang pernah aku baca.
Buku yang bertajuk Karbala ini ditulis oleh Sasterawan negara kita yang terkenal, saudara Faizal Tehrani. Manhaj (cara, method) penulisannya adalah dalam bentuk drama pentas. Ditulis dengan gaya seolah-olah kita sedang membaca skrip lakonan sebuah drama. Ada skrip untuk pelakon, ada penerangan untuk situasi dan ada juga arahan untuk emosi pelakon. Sungguh tak disangka, ada juga penulisan dengan cara yang sebegini.
Buku ini menceritakan kisah pembunuhan cucu Nabi Muhammad SAW, Saidina Hussain bin Ali di kawasan yang dikenali sebagai Karbala. Cerita tentang pembunuhan yang zalim ini telah dilakonkan semula secara turun-temurun oleh penganut Syiah di Iran khususnya. Lakonan yang dikenali sebagai ta'ziyah adalah acara tahunan yang berlaku setiap kali 10 Muharram (Hari Asyura) tiba dan disambut secara besar-besaran di Iran. Skrip lakonan inilah yang ditulis oleh Faizal Tehrani di dalam buku Karbala ini.
Di dalam bab seterusnya, dimuatkan wawancara dari dua majalah tempatan yang mengungkap pemikiran seni dan kreatif Faizal Tehrani. Dari wawancara ini, kita dapat memahami apakah yang diperjuangkan oleh Saidara Faizal dalam penulisannya.
Pada bab berikutnya, dimuatkan pula pembentangan kertas kerja Faizal pada Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara mengenai sejarah Boria, kaitannya dengan fahaman Syiah dan hubungkaitnya dengan ta'ziyah dari Iran. Keadaan semasa akhirnya telah merubah wajah Boria dari bentuk asal kepada bentuk yang kita kenali sekarang ini. Kesemua perkara mengenai buku kecil ini memberikan banyak pengetahuan baru untuk aku. Dari manhaj penulisannya, skripnya, wawancaranya dan sejarah seninya..semuanya sangat berinformasi bagi aku. Terima kasih kepada saudara Faizal Tehrani kerana menulis buku ini.
How to Have a Productive Day Working from Home
4 years ago
No Response to "Karbala"
Post a Comment