Monday, December 6, 2010

Salm Maal Hijrah 1432

0
Entry kali ini sekadar tulisan sahaja. Asalnya nak membicarakan pasal majlis kenduri kahwin semalam tapi rasanya lebih afdal berbicara pasal Maal Hijrah sahaja.

Ada seorang kawan (ex-classmate kat USM) menyambut tahun baru Maal Hijrah dengan kehadiran cahaya mata yang ke-3. Sungguh beruntung dia kerana rasa-rasanya sangat mudah untuk mengingati tarikh kelahiran tu dalam kalendar Hijrah. Tahniah untuk kawan aku tu.

1432 tahun dahulu, Nabi kita yang tercinta berhijrah bersama para sahabat dari Mekah ke Madinah (waktu itu dipanggil Yatrib). Disebabkan peristiwa inilah maka sebuah negara Islam wujud di Tanah Arab. Walaupun pada awalnya kerajaan Islam itu berdepan dengan segala kekurangan dan ancaman, namun sedikit demi sedikit dengan bantuan Allah akhirnya berjaya menyebarkan Islam keseluruh alam.

Peristiwa ini sangatlah penting dalam sejarah Islam. Ini terbukti apabila Khalifah Umar Al-Khattab r.a menjadikan Hijrah sebagai permulaan kalendar Islam. Tindakan ini adalah berlainan dengan agama Nasrani (Christian) yang menjadikan tahun kelahiran Jesus sebagai permulaan kalendar masihi.

Tidak ada lagi Hijrah selepas daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW. Yang ada pada hari ini adalah hijrah diri kita sendiri, dari buruk kepada yang baik. Dari baik kepada yang lebih baik.

Nabi telah menyatukan kaum Muhajjirin dan Ansar sehingga mereka berkasih-sayang kerana Allah Ta'ala. Tidak mereka bersatu hati melainkan kerana sama-sama ingin menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Sedangkan Muhajjirin dan Ansar itu adalah berbeza bangsanya. Hari ini Syiah dan Sunni masih lagi menyalahkan antara satu sama lain sedangkan kedua-duanya bersaksikan tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Sedangkan musuh bersatu menghancurkan Islam dengan mudah.

Bersesuaian sangatlah dengan harapan Perdana Menteri kita yang mahukan pilihanraya diadakan dalam jangka waktu yang terdekat. Semoga pemimpin kita bersatu dan terdiri dari orang yang berilmu untuk menegakkan syiar Islam. Semoga rakyat berhijrah dari yang baik kepada lebih baik agar Islam dapat dimartabatkan di bumi Malaysia ini. Tidak kiralah biru ataupun hijau asalkan Islam itu terjaga dengan sucinya. Insya Allah...

No Response to "Salm Maal Hijrah 1432"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...