Tuesday, March 25, 2014

Mesir pula mencatatkan sejarah dunia

0
     Mahkamah Mesir pada hari ini telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 ahli pertubuhan Ikhwanul Muslimin atas kesalahan membunuh sewaktu berlakunya protes besar-besaran terhadap penggulingan Presiden Mesir yang sah, Dr. Mohamed Morsi pada Ogos tahun lalu. Ini adalah hukuman mati yang terbesar dalam sejarah moden manusia. Selang beberapa jam kemudiannyaa, mahkamah Mesir sekali lagi telah mencipta kejutan apabila mendakwa 682 ahli pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Sebuah perbicaraan yang terbesar dalam sejarah moden manusia.

Gambar penyokong Morsi pada Ogos tahun 2013. Gambar dari BBC

 Mohamed Badie, spiritual leader of Ikhwanul muslimin yang sama-sama didakwa oleh mahkamah Mesir. (gambar dari CNN)

     Jarum-jarum musuh Islam telah berjaya memecah-belahkan umat Islam. Apa yang berlaku di Mesir kurang mendapat perhatian dari rakyat Malaysia kerana tenggelam dengan isu MH370. Sedih rasanya apabila mengenangkan derita orang yang berjuang atas jalan agama ini. Nampak susah dan perit atas dunia namun hakikatnya, bahagia diakhirat kelak selamanya.

Akhirnya MH370 diumumkan terhempas di laut

0
Gambar dari www.freemalaysiatoday.com
Najib_Hishammuddin_announcing MH370 has crashed

       Akhirnya, Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan bahawa penerbangan terakhir MH370 adalah di selatan Laut Hindi dan berkemungkinan terhempas di sana. Pengumuman dibuat pada jam 10.00malam dan Perdana Menteri menyatakan bahawa butiran yang lebih terperinci akan didedahkan esok. Pengumuman pada malam ini hanyalah untuk menghormati kaum keluarga yang terlibat dengan MH370 sebagai sebuah perkembangan terkini yang patut dimaklumkan kepada mereka.

     Teka-teki kehilangan MH370 selama 17 hari yang melibatkan 239 anak kapal secara formalnya terjawab pada malam ini. Sebanyak 26 buah negara terlibat dalam gerakan search and rescue terbesar ini. Dalam kenyataan Perdana Menteri " using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370's flight path". Kenyataan ini merujuk kepada wakil UK air Accident Investigation Branch (AAIB) yang memberikan penerangan berkenaan data satelit yang diperolehi dari Inmarsat, sebuah lagi syarikat dari UK yang terlibat dalam isu MH370 ini. Kenyataan ",,,,,a type of analysis never before used...." menunjukkan bahawa kes kehilangan MH370 ini sangat-sangat luar biasa.

     Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian MH370 ini.

Tuesday, March 18, 2014

Malaysia oh tanahairku

0
     Baru masuk bukan ke-3 tahun 2014, Malaysia dah pun menjadi tumpuan dunia disebabkan beberapa perkara besar. Yang terbaru dan masih dalam misteri adalah misteri kehilangan kapal terbang Boeing 777, MH370 yang sudah pun masuk hari yang ke-11. Pelbagai tekanan diperingkat antarabangsa dikenakan ke atas Malaysia ketika kapalterbang masih lagi tidak dapat dijumpai. Usaha pencarian juga dilakukan dengan bantuan banyak negara dan menjadi satu usaha search and rescue mission yang terbesar dalam sejarah. Namun, disebabkan klu yang sangat kurang, maka usaha search and rescue tidak dapat dibuat dengan lebih terperinci melainkan umum sahaja.

     Walaupun aku sedikit kecewa dengan usaha search and rescue yang lambat dari kerajaan Malaysia, tapi aku respect dengan cara Dato Seri Hishammuddin yang menangani tekanan ini dengan berhemah sekali. Aku bersetuju dengan kerajaan Malaysia yang mengambil sikap berdiam diri dari memberikan maklumat yang salah ketika diasak dalam press conference. Kredibiliti jawapan dari Malaysia perlu dijaga. Diharapkan, anak kapal MH370 dijumpai dalam keadaan yang selamat.


     Kemudian Malaysia menjadi terkenal dengan tingkah laku seorang rakyatnya yang mengaku sebagai bomoh VIP bernama Ibrahim Zain. Beliau yang menjalankan upacara "mencari" kapal MH370 dengan caranya yang tersendiri telah menjadikan Malaysia sebagai tumpuan dunia secara tidak langsung. Aksi "tikar terbang" yang dilakukan oleh anak muridnya dalam usaha pencarian kapal terbang di KLIA telah menjadi popular di serata dunia. Troll aksi ini dapat kita jumpa dengan mudah dalam internet.

     Suatu ketika, kita pernah jadi Pengerusi kepada OIC. Tak semena-mena aksi bomoh ini telah menjadi satu fitnah kepada agama. Sesungguhnya, ini bukanlah sesuatu yang datang dari Islam. Perbuatan ini hanya akan menambahkan kesedihan ahli keluarga yang terlibat sahaja.


     Seminggu selepas berita kehilangan kapalterbang, beberapa anak muda pula dilaporkan meninggal dunia kerana overdose dadah dalam satu sambutan parti besar-besaran di Kuala Lumpur. Future Music Festival Asia 2014 yang berlangsung di Bukit Jalil adalah salah satu cabang usaha dari Kemanterian Pelancongan Malaysia yang berusaha menaikkan jumlah kemasukkan pelancong asing ke negara ini. Majlis ini secara langsungnya mendapat restu dari kerajaan kita.

     6 orang remaja meninggal dalam parti liar ini. 3 lagi termasuk 2 dari Singapura masih dalam keadaan kritikal. Konsert selama 3 hari itu terpaksa dibatalkan setelah 2 hari berlangsung. Usaha untuk menjadikannya konsert tertutup akhirnya terdedah jugak kerana berita kematian ini. Kita sedih dengan kematian itu, tapi kita juga sedih kerana Menteri Pelancongan kita yang beragama Islam memberi restu perkara ini.


     Kemudian, terjumpa pulak satu lagi parti liar yang bakal diadakan dekat dengan rumah aku. Hampir setengah jam sahaja perjalanan dengan menaiki motor. Bulan 4 nanti, akan dilangsungkan pesta liar terbesar atas nama industri pelancongan. Mujurlah ada segolongan rakyat Malaysia yang masih prihatin dan memaksa kerajaan agar menghentikan parti liar ini. Sudah banyak peringatan yang Allah turunkan tapi kita masih lagi belum mengambil iktibar. Berhentilah wahai kerajaan Malaysia atas perkara-perkara maksiat sebegini. Hentikanlah.

     Rakyat Malaysia juga bertanggungjawab memilih kerajaan ini. Ada golongan yang berusaha menegakkan hukum Allah di muka bumi Malaysia dan tak pernah letih memperjuangkannya. Tapi di satu pihak yang lain, yang sama-sama memakai lencana Islam pula berusaha meruntuhkannya dengan perkara maksiat sebegini. Moga lahirlah orang-orang yang sihat akalnya untuk menerajui Malaysia di masa hadapan. Amin...

Friday, March 14, 2014

Selamat pengantin baru Amilin

0
     Alhamdulillah...Selamat Pengantin Baru buat kawan baik aku, Khairul Amilin bin Ismail. Majlis pernikahan rasanya berlangsung pada hari Jumaat. Yea laa...mestilah majlis akad nikah tuh berlangsung disebelah pihak perempuan kan? Susah sikit la nak cerita detail. Tapi InsyaAllah, kenduri disebelah pihak lelaki minggu hadapan, kami sekeluarga akan usahakan untuk sampai jugak.

   


Gambar sewaktu akad nikah yang kami terima melalui whatsapps.

     Sepanjang perkenalan aku dengan Amilin nie, aku hanya kenal yang baik sahaja. Amilin nie jenis yang mudah bergaul, berpendidikan, baik, tidak lokek dan pandai mengambil hati. Itu sebahagian sahaja dari sifat2 baik yang dapat aku gambarkan secara umum. Banyak nilai-nilai murni yang aku belajar dari Amilin. Kebetulan pulak Amilin nie ada hubungan kekeluargaan dengan family wife aku, memang jadi lagi baik la kami.

     Teringat aku ketika waktu belajar di USM Transkrian dulu-dulu. Kami sama-sama pi memancing kat Batu Feringghi. Sama-sama terlibat secara aktif dengan aktiviti kat USM. Sama-sama berkongsi suka dan duka. Pendek kata, aku bangga dapat seorang kawan seperti Amilin. 

     Jodoh Amilin sedikit lewat dari rakan-rakan yang lain sebabnya sebagai anak sulung, Amilin menggalas tugas untuk menjaga ayahnya yang sakit. Aku doakan Amilin berbahagia dengan jodohnya. InsyaAllah, kami akan hadir ke majlis di Kubang Kerian Sabtu hadapan.


Monday, March 10, 2014

Pray for MH370

0
     Semalam Malaysia menjadi gempar dengan peristiwa kehilangan kapalterbang penumpang MH370 milik MAS. Kapalterbang Boeing 777 tersebut membawa seramai 239 penumpang itu adalah dalam perjalanan dari KL ke Beijing. Kehilangan kapalterbang tuh adalah sesuatu yang pelik apabila kita mengambil kira fakta-fakta tentang rekod baik pesawat Boeing 777 dan penyelengaraan kapal terbang oleh MAS yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. Kebetulan pulak, kapalterbang tersebut baru 10 hari sahaja melalui pemeriksaan dari MAS dan disahkan lulus untuk terbang. Keadaan cuaca pula adalah baik dan tidak membahayakan kapalterbang komersil seperti Boeing 777. Juruterbang adalah orang berpengalaman. Lgipun, kapalterbang berada didalam mode autopilot pada ketika itu yang tidak memungkin faktor kecuaian manusia menjadi penyebab. 

     Sehingga hari ini sudah masuk hari yang ke-2 pencarian namun masih lagi tak dapat menemui sebarang petunjuk di mana pesawat itu berada sekarang. Situasi ini sesuatu yang sangat janggal untuk rakyat Malaysia secara umum. Untuk MAS pula, situasi ini pasti memberikan impak yang besar kepada syarikat tatkala MAS sedang berusaha untuk memulihkan akaun pendapatannya yang rugi semenjak beberapa tahun ini. Namun yang paling terasa disebabkan peristiwa ini adalah ahli keluarga yang terlibat secara langsung dengan penumpang yang berada dalam pesawat.

     Semoga dipermudahkan perkara ini dan semoga diberikan kekuatan dan kesabaran kepada keluarga yang terlibat. Amin

 Chief Executive MAS, AHmad Jauhari Yahyain yang berusaha memaklumkan perkembangan terkini kepada media (gambar dari Yahoo)
                        

Tempat terakhir sebelum terputus hubungan (gambar dari Malaysian Insider)

 Pray for MH370 (gambar dari Malaysian Insider)

Wednesday, March 5, 2014

Nikmat hujan

0
   
     Jalan-jalan cari makan dengan keluarga di Staidum Paroi hari Ahad bebaru nie. Kebetulan pulak memang ada 2 event kat area Paroi yang membuatkan Paroi menjadi tumpuan ramai. Dan kebetulan pulak, hujan pun turun petang tuh bersama angin yang kuat. Gabungan angin dan air hujan membuatkan petang Ahad tuh terasa sejuk dan nyaman. Selesa untuk beriadah bersama keluarga.

     Memang ramai orang yang terasa sulit dengan ujian cuaca panas sekarang nie, termasuklah kami sekeluarga jugak. Semua orang mengharapkan keadaan ini akan berubah dan bertambah baik dengan hadirnya hujan. Semua orang sedia maklum, hanya Dia sahaja yang mampu menurunkan hujan, bukan manusia, bukan makhluk. Bila hujan turun waktu petang Ahad tuh, aku tengok tak kira tua atau muda, couple atau single, free hair atau tudung, baju ketat atau jubah labuh, senonoh atau tidak senonoh....semuanya bagaikan serentak mengucapkan Alhamdulillah. Alhamdulillah....itulah yang jelas dapat aku dengar dari orang-orang sekeliling tempat makan kami. Segala puji bagi Allah. Hebat sungguh aturan-Nya.

     Bila Allah nak bagi tarbiah itu mudah sahaja bagi Dia. Hanya dengan sedikit kebesaran-Nya, semua lapisan manusia pantas mengucapkan syukur yang tak terhingga. Itulah sebenarnya fitrah manusia. Fitrah untuk kembali kepada Pencipta. Syukurlah aku berada di sana untuk sama-sama berlajar didikan baru ini.

Dhiya ikut pi makan jugak  

Rahmat untuk Husaini. Tidur tak kira tempat dan waktu

Lagi besar, lagi kurus pulak Hadi nie

 Hazwan pun sama, dah tak bulat macam dulu lagi dah

Hujan yang kita lupai nikmatnya waktu senang.

     Itu peristiwa hari Ahad. Hari Isnin pulak, wife aku kena attend kursus kat Kuala Lumpur selama 3 hari, Tinggallah aku menjadi Mr. Mama bersama anak-anak semua. Yang masih lagi steady adalah Husaini. Asal bukak mata sahaja, rajin sungguh mengemas rumah. Bercakap pulak, walaupun pelat tapi bukan main banyak lagi bercakap. Kuota mengemas dan bercakap tuh akan berenti bila dia tidur. Hehehehehe...senyum tengok gelagat bebudak nie. Hafiz plak, tanak bergambar dah, sebab tuh takdak gambar Hafiz yang boleh aku upload untuk entry kali nie.

'Berehat' dari rutin mengemas rumah

Wednesday, February 26, 2014

Kampung Lalang

0
     Teringat pulak waktu zaman kecik-kecik dulu. Waktu hidup di pedalaman kampung kat Perak. Hmmmm....rasa macam baru semalam ja berlalu.

Madrasah Kampung Lalang. Ihsan gambar FB dari seorang bekas penduduk.

Saturday, February 15, 2014

Pindah ke Tanjung Malim...?

0
     Hish...!! sekarang nie makin kerap pulak kena pi ke Tanjung Malim. Kalau kena minggu yang hectic, boleh sampai 3 ke 4 hari seminggu kat Proton Tanjung Malim. Tapi kalau time biasa, selalunya selang 2 minggu baru sekali pi sana. Jauh jugak Tanjung Malim nie dengan Shah Alam. Lebih kurang sejam setengah ke dua jam perjalanan jugak la untuk satu hala. Itu belum termasuk jalanraya sesak waktu pukul 5 petang kat area Sungai Buloh dan Damansara. Sebab tuh bila ke Tanjung Malim, kerja jadi kalut sikit sebab dok kejar masa.

     Hari nie kena pi lagi ke Tanjung Malim. Ada isu dengan production yang melibatkan design. Kena pulak hari Jumaat, memang masa bekerja jadi lagi singkat. Sungguh tak sesuai bekerja hari Jumaat nie. Patutnya hari Jumaat nie adalah hari cuti awam untuk rakyat Malaysia. Barulah efisien dan pada masa yang sama, dapat menyediakan diri dengan lebih sempurna lagi untuk solat Jumaat.

     Sembahyang Jumaat hari nie kat Masjid UPSI sahaja. Bila sembahyang dalam kampus nie, khutbah Jumaat pun bersifat domestic la sikit. Isunya sambutan Hari Valentine dan pengharaman untuk menyambutnya. Bersemangat betul mahasiswa UPSI menyebarkan kesedaran kepada orang ramai agar tidak meraikan Hari Valentine. Selepas solat Jumaat pun, ada jugak hebahan menggunakan hailer di kawasan luar masjid membantah sebarang aktiviti sambutan Hari Valentine. Melihat kepada keaadaan tuh, teringat zaman-zaman belajar kat universiti dahulu. Zaman-zaman memperjuangkan isu-isu student.

     Pintu masuk utama ke UPSI

 Masjid yang cantik dan luas.

Asrama yang colourful

Sebahagian asrama lain yang colourful

     Baguslah bila kesedaran tuh dah dipupuk dari awal. Kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekarang nie pulak, dengan kemudahan teknologi yang ada, komunikasi menjadi mudah dan maklumat menjadi sangat cepat untuk diperolehi. Rakyat Malaysia pun secara umumnya sudah pun memahami tentang sejarah Hari Valentine yang rapat dengan agama Nasrani. Ianya bukan dari Islam dan kita juga tak perlu meraikan kasih insan hanya pada hari tertentu sahaja sedangkan umat Islam disuruh untuk berkasih sayang sepanjang masa.

     Sebenarnya, entri kali ini adalah untuk berkongsi gambar kampus UPSI yang cantik nie. Kawasan yang besar dan memang colourful. Beruntunglah bagi sesiapa yang belajar di UPSI nie.        

Tuesday, February 4, 2014

Nothing much (part 28)

2

Ketidaksempurnaan inilah yg membuatkan saya tersenyum bahagia...
~Nurhuda binti Ismail~

Credit photo to Nurhuda binti Ismail

Monday, February 3, 2014

Projek kecil-kecilan

1
     Sejak beberapa tahun yang lepas, ada la tersimpan satu hajat dalam hati nie. Hajatnya nak sponsor pelajar tahfiz. Memandangkan anak-anak sendiri tak masuk lagi sekolah tahfiz dan tak tahu pun boleh masuk atau tidak ke sekolah tahfiz, makanya untuk permulaan nie baik rasanya sponsor dahulu sesiapa yang patut. Jadi, bila tahun 2014 menjelang tiba....azam tahun baru adalah sponsor pelajar tahfiz. Tak kiralah walau tak berapa cukup duit pun janji dapat rebut peluang untuk buat kebaikan sebelum mata terpejam rapat.

     Benda baik memang kena share. Lagipun, aku seorang diri sahaja tidak mampu untuk menyediakan kewangan yang banyak untuk sponsor pelajar tahfiz. Apa yang aku buat adalah, aku war-warkan kepada kawan-kawan dan saudara-mara yang terdekat kalau-kalau ada yang berminat untuk turut serta dalam projek kecil aku nie. Collection dibuka selama sebulan dari 2 Januari hinggalah 2 Februari dan semua dipelawa untuk menderma. Alhamdulillah, kutipan yang memberangsangkan. Seronok rasanya bila kawan-kawan juga berusaha untuk berbuat kebaikan walau di mana sahaja. Yang paling tersentuh sekali adalah, orang yang pertama menderma untuk projek kecil nie adalah kawan aku yang berbangsa India dan beragama Hindu. Sungguh tersentuh rasanya.

     Kat dalam Bandar Springhill nie ada seorang pelajar baru masuk tingkatan satu yang berminat sangat untuk belajar di sekolah tahfiz. Tapi hajatnya tak kesampaian disebabkan sekolah memerlukan komitmen kewangan yang agak tinggi. Yuran pengajian di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Rembau, Negeri Sembilan adalah lebih kurang RM500 sebulan. Program pengajiannya bagus dan reputasi sekolah ini di Negeri Sembilan memang tinggi. Namun, hasrat untuk belajar di sekolah ini dipendamkan sahaja. Adik Fakhrullah nie akhirnya masuk ke sekolah asrama biasa kerana itu sahajalah yang termampu oleh kedua ibubapanya.

Adik Mohd Fakhrullah bin Zakaria yang baru berusia 13 tahun. 

     Bila dapat tahu yang aku ingin menaja pengajian pelajar tahfiz, hasrat adik dan keluarga Fahrullah ini kembali berbunga. Namun sedikit terlambat kerana sekolah Yayasan As-Sofa tuh dah penuh. Kemudian, usaha untuk mencari sekolah tahfiz yang lain di sekitar Negeri Sembilan juga tidak membuahkan hasil. Semuanya penuh dan tidak mahu lagi tambahan pelajar. Akhirnya, adik Fakhrullah dan keluarga akur dengan perkembangan terbaru ini dan hanya meneruskan pengajian disekolah yang biasa seperti sekarang sahaja.

     Tapi niat aku dan kawan-kawan yang ingin menaja pelajar tahfiz tak berhenti disitu sahaja. Alhamdulillah, memang mudah mencari pelajar tahfiz di Malaysia ini. Melalui kawan aku seorang mutawwif di Andalusia Travel and Tours, aku akhirnya dapat seorang lagi pelajar tahfiz yang kesempitan kewangan. Pelajar ini Yaiisy bin Mohamad Yusof, berumur 19 tahun dari Kota Bharu Kelantan, berada dalam pengajian tahun akhir dan hanya tinggal 4 juzuk sahaja lagi. Disebabkn kesempitan kewangan, hampir sahaja tahun akhir nie tak dapat diteruskan. Tapi InsyaAllah, dengan bantuan derma dari kawan-kawan aku semua, Yaiisy akan tamat pengajiannya dalam tahun ini jugak dan berkelayakan untuk memegang jawatan imam di mana-mana masjid yang memerlukannya. 

     Yuran pendaftaran dan yuran bulanan sudah pun dijelaskan hari ini. Yaiisy menyambung pelajarannya petang tadi di Madrasah Tahfiz Al Huda, Lot 796, Lorong Hidayah, Kampung Huda, Jalan Sultan Yahyapetra, 15200 Kota Bharu, Kelantan. 

     Alhamdulillah, semoga Allah redha dengan usaha kecil kami ini.....

Saturday, February 1, 2014

Perjuangan kecil manusia biasa

0
     Bila dah selesai pengajian master nie, rasa macam dah kembali ke comfort zone pulak. Sebelum nie, sangat berhasrat untuk terus bergerak ke hadapan sama ada mencari pekerjaan baru, sambung PhD ataupun nak sertai badan-badan NGO yang menyumbang kepada masyarakat. Tapi sekarang nie rasa malas pulak. Mungkin sebab perancangan belum teliti lagi kot menyebabkan hilang halatuju jangka pendek, resulting to lack of motivation and so on.

 Student yang pertama submit report project. Bersemangatnya aku.


     Alasan.....alasan. Lepas nie kena mula buat sesuatu. Kena ada perancangan dulu, tak boleh lama sangat dalam mood rileks nie takut nanti terus tak jadi ja.

     Dalam 2 minggu sudah, banyak sekali majlis sambutan Maulidur Rasul dijalankan di mana-mana sahaja dalam Malaysia. Melihat kepada jumlah kehadiran dalam majlis-majlis ceramah, memang ini satu trend yang menarik. Orang Malaysia memang dahagakan ilmu dan mencari-cari peluang untuk buat kebaikan di mana sahaja. Sykurlah.

Imam Muda Fakhrul sekali lagi menjadi penceramah jemputan kat Masjid Bandar Springhill

 Generasi masa hadapan.

Aku doakan semoga Imam Muda Fakhrul nie terus maju dalam dunia dakwah.

Menjadi imam untuk solat Isya'. Memang merdu bacaan ayat-ayat Al-Quran dari imam ini.

     Menjiwai perjuangan kekasih kita Nabi Muhammad SAW dan mengenali ketabahan hati baginda dalam perjuangan memanglah sesuatu yang sangat mengagumkan. Pada kebanyakkan orang di zaman sekarang, lingkungan umur 40-an adalah masa-masa puncak dalam kehidupan masing-masing. Itulah waktunya karier naik di tempat yang tinggi, kewangan sangat stabil, badan masih sihat dan pelbagai lagi kemuncak yang lain. Tapi bagi nabi junjungan kita, umur 40-an baginda adalah saat kehidupan duniawinya berada dibawah sekali. Dihina, disepak, ditendang, dibaling batu, diletakkan usus unta ketika sujud, dipulaukan, diancam dan macam-macam lagi. Sedih apabila mengenangkan bahawa manusia pada umur yang sebegitu sepatutnya telah mendapat penghormatan dari masyarakat. Sesungguhnya manusia mulia yang pernah hidup di dunia itu dahulu adalah sebaik-baik manusia dalam perjuangan. Tak pernah putus asa dan terus-terusan membenarkan janji-janji Allah.

     Sudah menjadi lumrah bahawa manusia ini kekadang berada diatas dan kekadang dibawah. Sungguh cantik tamsilan dari Ustaz Zul Ramli apabila mengungkapkan ujian-ujian yang dihadapi manusia ini. Umpamanya kita ini sehalai kain kotor yang rasa sangat hina apabila dicampakkan bersama kain kotor yang lain. Kemudian, kain kotor itu diuji lagi apabila dipusing-pusingkan dalam washing machine, lemas bersama sabun dan air. Kejap tenggelam kejap timbul bagaikan tak nampak jalan keluar untuk terus hidup bagi kain kotor tersebut. Kemudian dikeringkan dan dipusingkan lagi sehinggalah 2 atau 3 kali. Tapi apabila proses basuhan itu selesai, keluarlah kain yang cantik. Yang cemerlang warnanya,, wangi baunya dan dilipat dengan sempurna. Begitulah manusia bila Allah bagi sedikit kesusahan untuk membersihkan diri manusia tersebut agar menjadi bersih dan mulia. Supaya kita ditempatkan ditempat yang baik dikemudian hari.

     Mengenangkan waktu-waktu menghadapi tekanan ketika menyiapkan master bebaru nie, baru sedar bahawa diri ini meletakkan dunia dalam hati dan memegang agama dalam genggaman. Apabila ada apa2 perkara terjadi kepada dunia, maka agama yang didalam genggaman tadi akan aku lepaskan. Sungguh mudah melengah-lengahkan waktu sembahyang dengan alasan menyiapkan report writing yang tinggal sedikit lagi. Kekadang lewat tidur sampaikan terlajak subuh. Padahal tak selayaknya muslim yang berumur 34 tahun boleh meninggalkan waktu sembahyang yang penting. Subhanallah....malu nak mengaku tapi itulah hakikatnya.

     Satu perkara yang aku betul-betul belajar dari pengalaman ini adalah, kalau nak sambung buat PhD selepas nie...kena buat full time. Cukuplah pekerjaan dunia ini berlaku dalam waktu kerja antara 8pagi hingga 6petang. Tak perlulah disambung pula pada malamnya hinggakan mengganggu waktu untuk perkara-perkara lain. Kalau masih ada Nabi pada hari ini, apakah nasihat baginda?  

Tuesday, January 28, 2014

Nothing much (part 27)

0

Sunday, January 26, 2014

Sejuknya kat Cameron Highland

0
     Sebenarnya, cerita berkenaan kami satu family makan angin kat Cameron Highland nie dah 2 minggu berlalu dah tetapi disebabkan tak sempat nak update dalam blog, makanya hari inilah sahaja yang ada untuk berkongsi kisah ini. Hehehehe....nak buat macam mana, asyik mengadap final report untuk program master sahaja. Mana nak sempat update blog. Mujurlah hari ini ada kelapangan sedikit untuk mengabadikan kisah hidup kami dalam blog yang dah bersawang nie. Heheheh..

     Kesian sangat tengok anak-anak. Cuti sekolah hari tuh memang tak bawak berjalan ke mana-mana pun. Asal ada waktu lapang sahaja, pastinya aku akan gunakan untuk buat assignment ataupun menaip content dalam Final Report aku. Masalahnya, hujung minggu sahajalah yang ada waktu lapang untuk mengadap semua perkara-perkara yang pending tuh. Hari-hari biasa atau tengah minggu memang tak berkesempatan disebabkan kekangan badan yang letih dan mata yang mengantuk. Faktor usia kot. Kononnya, pukul 10.00 malam nak start baca buku tapi  yang sebenarnya, itulah waktunya badan dan mata yang dah season nie menzahirkan rasa mengantuknya sampai dah terlawan lagi dah rasanya. Natijahnya, hujung minggu kami sekeluarga hanyalah di rumah sahaja dan aku melekap di sudut ruang atas rumah aku bersama laptop, kerusi dan meja study sepanjang hari.

     Ramai yang cakap aku nie superman sebab boleh pursue pengajian master dengan rumah yang jauh, kerja yang sibuk dan jugak anak yang ramai. Menguruskan 3 perkara besar dalam masa yang sama tapi sebenarnya, panggilan superman itu lebih layak utuk wife aku. Wife akulah yang paling banyak berjasa dalam usaha aku untuk melengkapkan pengajian master. Dialah yang berusaha siang dan malam melayan anak-anak dan hal-hal dalam rumah dalam memberikan ruang kepada aku untuk study dan menyiapkan semua assignment aku. Aku nie sebenarnya tak lebih dari sekadar bekerja dan belajar sahaja. Selebihnya, wife akulah yang bertungkus-lumus menguruskan hal rumah tangga yang terbeban pada bahunya untuk kesempurnaan setiap ahli keluarga termasuklah kebajikan diri aku sendiri. Betullah cakap orang..."behind a successful man, there is a woman".....sungguh hebat.

     2 hari sudah, aku dah pun berjaya mendapatkan endorsement dari supervisor dan examiner untuk final report master aku. Secara rasminya, tamatlah sudah pengajian master aku, hanya menunggu hari untuk majlis konvokesyen sahaja pada Jun tahun ini. Lesson learnt yang aku rasa kena beri perhatian adalah, untuk sambung PhD nanti...aku kena jadi full time student. Walaupun aku boleh terus bekerja sambil belajar untuk buat PhD (Eng)....that's surely not the case for me. Aku tengok ramai ja yang kat Proton tuh tengah buat PhD (Eng). Bunyi hebat tapi serabut tak ingat. Banyak jugak yang last sekali taknak proceed dan pura-pura tak siapkan kerja semata-mata untuk dapat auto-drop status. So, studying while working won't work with me for higher learning education.

     Lupa plak, sepatutnya cerita pasal Cameraon Highland. Dah merapu jauh sangat la plak. Anyway, family aku dapat apartment kat Equatorial Cameron Highland. Nama sekarang pun bukan lagi Equatorial Hotel tapi dah diubah kepada Copthorne Hotel. Disebabkan dapat apartmen, habis aku ajak abang-abang aku join sekali. Punyalah seronok anak-anak aku dapat bermain dengan sepupu depa sampaikan kami adik-beradik tak boleh nak bersembang disebabkan bunyi bising anak-anak nie dok bermain. Pening kepala.

Husaini sejuk. First time dia datang Cameron Highland

 Minion hasil daripada mama yang kena pow ngan anak-anak. heheheh

Walaupun sejuk, janji dapat mandi swimming pool.

Dhiya pun first time datang Cameron Highland. Sejuk ker Dhiya?

Main ngan abang Hadi

Hafiz pun nak join main jugak

Banyaknya Minion.

 Marissa dengan gaya ala-ala J-Pop.

Thanks Dear diatas segala pergorbanan yang dilakukan.

Pocket damage lagi untuk parent.

Dengan budak bulat.

 Set-set orang perempuan semua. Hazwan ja dok menyelit kat situ. Hahahaha

     Kebetulan pulak, Cameron Highland asyik hujan saja. Walaupun cuma gerimis tapi suhu dropped significantly especially during morning. Memang best kalau dapat berkumpul family ramai-ramai. Walaupun letih tapi rasa puas sebab kerana dapat bertemu dan berkongsi antara satu sama lain. Nanti rasanya boleh buat lagi nie. Nanti boleh plan untuk tahun depan plak. InsyaAllah.

   

Friday, January 10, 2014

Selesai sudah pengajian master

0
     Alhamdulillah, baru sahaja selesai ambil exam 2 hari sudah. Itulah paper terakhir untuk pengajian master keseluruhannya. Secara rasminya, sudah tidak ada lagi kelas dan assignment selepas ini. Boleh kembali ke comfort zone seperti dalam tahun 2011. Alhamdulillah.

     Walaupun dah selesai semua kredit yang perlu dilengkapkan dalam program master nie, masih ada lagi sedikit modification untuk report final project. InsyaAllah, rasanya takdak masalah kot sebab supervisor pun tak banyak benda sangat yang dia komen kat report yang dah submit bebaru nie. Ada lebih kurang 10 hari lagi untuk final submission. Should be ok kot.

     Selepas sahaja selesai paper yang terakhir tuh, ingatkan nak rasa seronok tak terhingga. Tapi jangkaan awal tuh meleset sama sekali sebab tak rasa apa-apa plak bila dah submit paper last tuh. Rasa kosong pun ada. Asyik terpikir nak buat apa plak lepas nie. Kalau tak, memang kebiasaannya busy memanjang. Ataupun, mungkin rasa kosong disebabkan tak boleh nak jawab kot paper yang last tuh. Hahahah...apa-apa hal pun, janji master dah completed. Lepas nie dah takdak assignment dan kelas malam. Selepas nie, InsyaAllah akan ada option dalam kerjaya aku. Itu yang penting tuh. Hehehehe..
  
Selamat tinggal UPM.

     Alhamdulillah, bila rasa dah kurang tertekan nie...baru la rasa macam lapang sikit nak melayan anak-anak. Kalau tak rasa macam kelam-kabut sangat. Rasa macam tak boleh nak tolerate dengan perkara yang lambat. Tapi kali nie kepala dah rasional kembali sebab dah takdak pressure. Boleh la kalau nak melayan anak-anak punya masalah dengan tenang dan hikmah sekali. Hehehehe...Ehh...mengantuk dah nie.. Upload gambar je la..

Melayan anak-anak yang dah lama tak layan camera

Suka sangat main dalam khemeah

Khemah pun dah nak runtuh dah.

Semua abang-abang sayang kat Dhiya

Dah besar dah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...