Wednesday, October 27, 2010

Happy Besday to me

0
Syukur Alhamduillah, hari ini harijadi aku yang ke-31. Entah bila masanya tiba-tiba sahaja umur dah 31 tahun. Kalau di ikutkan, umat Nabi Muhammad nie rata-ratanya berumur sehingga 60 tahun sahaja. Maknanya dah separuh hayat dah aku hidup atas muka bumi Allah ini, tinggal lagi separuh hayat untuk aku mencari redha Dia. Itupun kalau ada rezeki. Kalau selesai rezeki aku atas dunia nie, bila-bila masa sahaja mati tuh akan menjemput aku.

Wife aku selalu jumpa uban atas kepala ini. Kata orang-orang tua kita, setiap helai uban itu mewakili bilangan lawatan dari Malaikat Maut. Tapi itu cakap orang-orang tua. Cakap dalam kitab pulak, Malaikat Maut melawat kita 70 kali sehari, setiap hari. Lawatannya pulak, bukannya memantau kita sebagaimana seorang ayah memantau anak-anaknya main tapi Malaikat Maut datang terlalu hampir dengan kita. Kalau nak diterjemahkan hampir itu seolah-olah ‘hidung’ Malaikat Maut dan hidung kita bertemu. Begitulah hampirnya mati itu.

Sebut pasal mati nie, ada satu cerita dari zaman Nabi Sulaiman. Seorang sahabat Nabi Sulaiman datang bertemu kerana ingin meminta pertolongan dari baginda. Sahabat Nabi Sulaiman hendak pergi ke India dengan segera atas urusan tertentu. Jarak dari Palestin (Istana Nabi Sulaiman) ke India amatlah jauh makanya, Nabi Sulaiman mengarahkan angin untuk membawa sahabat ini ke India. Angin yang taat pada perintah Nabi Sulaiman itupun membawa sahabat ini pergi. Apabila sahabat ini hilang dari pandangan, Nabi Sulaiman ternampak kelibat Malaikat Maut yang menyerupai manusia di dalam Istana baginda. Malaikat Maut sedang senyum ke arah baginda. Maka, Nabi Sulaiman pun bertanya

“ Aku lihat engkau tersenyum dari tadi, apakah gerangannya yang menyebabkan engkau tersenyum?”

Dijawab oleh Malaikat Maut “ di tanganku ada perintah dari Allah menyatakan bahawasanya sahabat mu tadi sepatutnya mati di India sebentar lagi. Tapi aku kehairanan kerana dia masih berada disini sedangkan India itu sangat jauh tempatnya dari sini. Mustahil seorang manusia mampu pergi ke tempat jauh dalam masa yang sangat singkat Tetapi kemusykilanku terjawab apabila engkau memerintahkan angin untuk membawa sahabatmu ke India. Kerana itulah aku tersenyum”

Sesampai sahaja sahabat Nabi Sulaiman ini di India, Malaikat Maut terus mencabut nyawanya seperti yang diperintahkan oleh Allah.

Cerita ini menunjukkan bahawa kalau dah ajal, maka satu saat pun tak akan terlewat atau tercepat. Walaupun di mana kita berada, memang kita tak akan dapat lari dari mati. Semoga kita selalu memperingati diri kita tentang mati kerana sebijak-bijak orang adalah orang yang selalu mengingati mati.

Selamat Hari Lahir untuk diriku. Semoga usia senjaku membawa aku lebih dekat pada redha Allah. Insya Allah.

No Response to "Happy Besday to me"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...