Bila sampai di China nie, macam2 kelakuan boleh kita tengok. Bila jauh dari Malaysia dan berada di sebuah negara yang majoritinya bukan Islam, kita tiba-tiba rasa tidak terikat dengan agama. Suasana bagaikan merubah kita padahal kitalah yang sepatutnya membentuk suasana.
Aku kesal dengan sikap beberapa orang kawan yang aku kenali. Sungguh tak sangka kerana bila berada di China, cara hidup tiba-tiba berubah. Kehidupan yang dulunya berlandaskan agama, tiba-tiba jadi sebaliknya. Jadi seperti orang yang tidak ada agama.
Dan yang sedihnya apabila dalam keaadaan mabuk dan hilang kewarasan diri, kawan aku boleh bercakap pasal agama dengan hebat sekali. Bercakap pasal perbezaan mazhab dan syariat. Akhir kepada perbualan itu, dia mengeluarkan fatwa yang membolehkan dan membenarkan tindakannya meminum arak. Aku amat sedih bila itu berlaku pada seorang manusia yang aku panggil sahabat aku.
Semestinya dengan perbuatan mungkar itu, dia akan ditemani kawan aku yg memang azali lagi bukan Islam. Kawan aku yang bukan beragama Islam sangat menyukai fatwa yang berlandaskan logik ini. Fatwa yang memberikan kelonggaran dalam beragama dan mendahulukan nafsu.
Kita ini di cipta oleh Dia. Hari ini kita gah bercakap umpama kita ini tidak ada hubungan langsung dengan Pecipta kita. Seolah-olah di akhirat kelak, kita mampu berunding tentang seksaan dan nikmat yang bakal kita perolehi. Alah, setakat siksaan sebab minum arak anytime jer boleh tanggung.
Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Tak salah kalau kita berterusan membuat kebaikan ataupun menjauhi kejahatan. Bukankah dalam Al-Quran Allah sebut berkali-kali..setiap perbuatan akan dibalas walaupun sebesar zarah. Jadinya, kenapa kita tak berusaha untuk buat kebaikan dan meninggalkan perkara sia-sia. Sesungguhnya Allah tidak zalim tapi kitalah yang zalim terhadap diri kita sendiri.
Aku pohon pertolonganMu Ya Allah semoga Engkau redhailah hidupku dan keluargaku. Pimpinlah kami ke jalan yang benar dan jauhkanlah kami dari seksa api nerakaMu.
Hari ini mungkin kita rasa gagah melakukan kemaksiatan tanpa sikit pun rasa bersalah. Tak mustahil anak kita akan mengikut jejak langkah kita suatu hari nanti kerana hidup bagai roda. Tak selamanya kita di atas.
How to Have a Productive Day Working from Home
4 years ago
No Response to "Kalau tersasar, bertaubatlah kawanku...."
Post a Comment